BEGINI CARANYA NAK SELAMATKAN BAHASA - PAK SAMAD

Bagi Pak Samad beliau tidak pernah menghidu gas pemedih mata sebelum ini. Namun bagi pemuda PAS dan PR ianya seolah-olah menjadi rutin hidup mereka lantaran kezaliman dan ketidakwarasan kerajaan BN dan Polis bila berhadapan dengan himpunan aman rakyat.

Semalam Pak Samad mendapat pengalaman pertama menghirup 'udara segar gas pemedih mata yang nyaman dan enak itu'.
Pak Samad benar-benar terkejut dengan tindakan zalim kerajaan BN yang memperkudakan Polis untuk berdepan dengan rakyat yang tidak berniat untuk melakukan apa-apa kekacauan.

"Saya kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa.

"Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya," kata penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
Himpunan Aman GMP semalam dilayan dengan begitu biadap dan kejam oleh Polis dipercayai atas arahan kerajaan BN.

Comments