APA KHABAR BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU DAN BATANG AI

Apa khabar sahabat-sahabatku pengundi 2 Bukit dan 1 Batang (2B+1B = 3B). Saya akan gunakan 3B bagi meringkaskan Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Di tangan kalian terselit seribu satu makna dan harapan dari seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, keadilan, ketelusan, perpaduan dan demokrasi.

Saudara-saudara mempunyai tugas dan amanah yang sangat penting bagi memberikan petunjuk dan peringatan kepada pemimpin BN yang bongkak, jijik, zalim, kotor dan angkuh.

Saya mohon saudara-saudara supaya mengajar BN sekali lagi setelah BN masih degil, angkuh dan tidak insaf dengan kejahatan dan kezaliman yang mereka terus lakukan sekalipun rakyat telah memberikan isyarat jelas pada 2 PRK terdahulu iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Gunakan undi saudara untuk mengajar BN supaya segera berubah dan meninggalkan kezaliman, keangkuhan dan seribu satu macam sifat mazmumah yang masih bersarang di dada dan otak mereka.

Cuba renungkan perkara di bawah :-

1) BN terus menzalimi rakyat yang tidak dibuktikan bersalah dengan menahan mereka di bawah ISA. Ada anak yang tidak makan seperti anak-anak lain, tidak bersekolah, tidak terurus kehidupannya, isteri sengsara, ibu merindui anaknya, keluarga yang meninggal tak sempat ditatap semuanya kerana kezaliman kerajaan BN yang masih mengekalkan akta zalim ISA.

2) Agama dipinggirkan, murtad, maksiat, gejala sosial, dadah, dedah, zina, khalwat, buang anak, bersekedudukan terus meningkat dan membarah. Namun program maksiat dan sebagainya terus menjadi wirid rakyat kerana ianya digalakkan oleh kerajaan.

3) Bahasa Melayu dihina dan dipinggirkan. Rakyat yang mahu mendaulatkan Bahasa dimusuhi disembur dengan gas pemedih mata, ditangkap dan diugut.

4) Amalan Rasuah terus menjadi darah daging Umno/BN dan dibiarkan membarah. Tidak seorang pun kaki perasuah ini dibawa kemuka pengadilan dan dijatuhkan hukuman. Mereka dilindungi

5) Badan-badan penguatkuasa dan agensi-agensi seumpamanya dicucuk hidung dan diperkudakan oleh kerajaan. Antaranya SPRM, Polis, SPR dan lain-lain. Badan-badan ini bukanya berkhidmat secara professional sebaliknya jelas cenderung dan berpihak kepada kerajaan BN tanpa segan silu.

6) Pemimpin-pemimpin BN kaya raya sementara rakyat papa kedana, malah lebih teruk dalam keadaan krisis ekonomi sekarang.

7) Keselamatan rakyat semakin membimbangkan. Statistik pembunuhan, rompakan, rogol dan sebagainya meningkat dari sehari ke sehari. Kerajaan BN bukan sahaja gagal menanganinya malah seolah-olah berdiam diri tanpa melakukan apa-apa. Mereka lebih sibuk berpolitik dari memikirkan jalan penyelesaiannya.

8) Ekonomi negara semakin membimbangkan. Malangnya menteri kewangan kedua membuat kenyataan bahawa kementeriannya tidak mengjangka hal ini akan berlaku dalam masa terdekat sedangkan rakyat biasa pun telah sedar lebih awal akan masalah yang akan dihadapi ini.

9) Rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang. Namun kerajaan tidak berupaya untuk menyelesaikannya bahkan sering menyalahkan rakyat kerana tidak pandai menguruskan kehidupan seharian dalam berbelanja.

1o) Kerajaan dan pemimpin BN lebih ghairah berpolitik sehingga setiap detik sentiasa berfikir untuk merampas negeri-negeri PR walau dengan apa cara sekalipun. Ini terbukti dengan peristiwa di rompakan kuasa di Perak.


dan banyak lagi ............rakyat di 3B mesti mengundi PR bagi mengajar BN agar segala masalah di atas diselesaikan dengan segera .........

Comments