SYABAS POLIS, SECEPAT KILAT MENYIASAT SPEAKER PERAK ~ Ref Malaysiakini

Seperti juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bertindak sepantas kilat terhadap apa juga laporan terhadap pemimpin PR, Polis juga bertindak sedemikian. Pantang ada laporan terhadap pemimpin PR mereka akan bertindak begitu pantas kadangkala lebih cepat dari kilat.

Jika ada sahaja yang dibuat kepada SPRM oleh BN kadang-kadang laporan belum lengkap kedua-dua badan sudah pun membuka fail dan memulakan siasatan. Sebagai contoh laporan terhadap MB Selangor dan Speaker DUN Perak.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya kepada sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak.

Pasukan yang diketuai Ketua JSJK, Supt Amarjit Singh mengambil keterangan beliau di pejabat guamannya di Jalan Tun Sambanthan di Ipoh mulai jam 2.45 petang hingga 5.15 petang, lapor Bernama.

Saya ingin mengucap syabas kepada Polis dan SPRM kerana begitu cepat, mesra dan betul terhadap laporan yang dibuat oleh BN dan kuncu-kuncunya.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kerana SPRM (BPR) dan Polis langsung tidak nampak dan ambil pusing tentang laporan yang dibuat terhadap pemimpin BN walaupun mereka didakwa mengsonglap duit rakyat hingga jutaan ringgit.

Syabas Polis dan SPRM...........

Comments

Anonymous said…
Syabas...kpd PDRM dan SPRM...disamping tu cuma teman nak tambah...bila kita masuk dlm kubor nanti..saudara mara kita baru melangkah balik 7 langkah...tukang soal dlm kubur lagi cepat sampai ....sediakanlah kertas jawapan kita....
Ya Allah!!!! jauhilah kami dari siksa kubur..Amin
Anonymous said…
Memang la polis ni makan gaji dan projek dengan UMNO/BN...mereka kerja bukan ikhlas pun...mereka kerja demi duit....mereka tak tahu pun dosa pahala....mereka ni pelacur UMNO /BN nak puaskan nafsu UMNO