SEBARKAN KEJAHATAN BN ROMPAK KUASA DI PERAK ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong penuh saranan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin agar seluruh ahli PAS menyebarluaskan maklumat tentang kejahatan BN yang merompak kuasa dari kerajaan PR Negeri Perak.
Kerakusan dan kebiadapan BN merampas kuasa dengan membeli dan mengugut 3 orang ADUN PR melompat menyokong BN merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat Negeri Perak yang telah memberikan mandat kepada PR untuk memimpin mereka pada PRU ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.
Kita sebagai pendokong perjuangan rakyat mesti mendapatkan maklumat terkini dan tepat bagi menyebarluaskan maklumat tersebut supaya rakyat Malaysia faham betapa dahsyatnya tindakan yang dibuat oleh BN tanpa mengira undang-undang dan perlembagaan negeri.
BN sebaliknya menuduh PR menderhaka kepada Sultan dengan tidak mengiktirafkan Menteri Besar mereka sedangkan BN lah yang sebenarnya menyonteng arang dan durhaka kepada Raja-Raja Melayu dalam isu pindaan perlembagaan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu pada awal 90-an lalu.
Nizar semalam menggesa seluruh ahli dan penyokong PR supaya menyebarluaskan maklumat tentang kemelut politik Perak demi untuk memastikan rakyat faham akan perkara sebenar.

Comments