PROJEK TEBATAN BAHAYAKAN PENDUDUK ~ Ref Malaysiakini

Saya telah melakukan lawatan kerja satu hari ke Masjid Tanah Ahad lalu bagi menangani dan menyelami beberapa isu setempat yang memerlukan tindakan.

Bersama-sama dengan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman kami telah melawat projek tebatan banjir di Kampung Solok Duku tidak jauh dari Pekan Masjid Tanah.

Menurut penduduk Kampung tersebut, Haji Ghazali Said, 60 (gambar) projek tebatan itu adalah bertujuan untuk mengatasi masalah banjir di Pekan Masjid Tanah.

Namun beliau kesal dengan projek tersebut telah mengorban tanah orang Melayu di kawasan tersebut. Selain itu menurutnya pampasan tanah yang diberikan oleh kerajaan hanya RM4.00 lebih sekaki persegi sedangkan penduduk Kampung Durian Daun memperolehi RM6.00 lebih sekaki persegi ketika tanah mereka diambil oleh kerajaan beberapa tahun lalu.

Sementara itu seorang penduduk di kampung tersebut, Mohamad Salleh, 54 mengharapkan kerajaan dapat membina tambak ditebing tebatan banjir berhadapan dengan rumahnya. Beliau bimbang tebing tersebut akan runtuh jika musim hujan datang nanti.

Mohamad kesal kerana aduanya kepada pihak JPS berkenaan penambakan tebing tersebut disambut dingin oleh JPS.

Menurutnya JPS menjawab bahawa bila runtuh nanti barulah tambakan itu akan dibuat.

"Inilah mentaliti orang Malaysia, bila dah terjadi sesuatu perkara baru hendak bertindak" kata beliau kesal.

Selain itu Mohamad juga bimbang dengan keselamatan penduduk terutama kanak-kanak yang mungkin terjatuh ke dalam tebatan yang dalam. Perkara lebih bahaya jika musim hujan kerana tebatan ini tidak dipagar.

Dalam tinjauan saya rumah Mohamad terjejas teruk dengan debu dan kemungkinan hakisan kerana jarak rumahnya dengan tebatan amat dekat.

Comments