PANDIKAR AMIN BAGAIKAN KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN BETUL ~ Ref Malaysiakini

Geli hati saya membaca laporan akhbar hari ini yang memuatkan kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia yang menyatakan bahawa seorang speaker seharusnya tidak memihak dan perlu menyedari sebarang kesan tindakannya kepada Dewan dan rakyat umumnya.
Beliau berkata bila seseorang dilantik speaker, “anda adalah Speaker Parlimen atau dewan negeri berkenaan, dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik atau menguntungkan parti tertentu”.
“Seorang speaker tidak harus (menjadi) orang suruhan sesebuah parti politik,” katanya selepas merasmikan mesyuarat pertama jawatankuasa kecil Perhimpunan Parlimen Asean (APA) mengenai krisis kewangan global dan impaknya di sini hari ini.
Pandikar Amin menyatakan demikian kepada pemberita bila ditanya mengenai krisis perlembagaan di Perak sekarang. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar, yang mempengerusikan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan mengumumkan pada 16 Feb bahawa jawatankuasa itu telah menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya dari menghadiri sidang DUN masing-masing bagi tempoh 18 bulan dan 12 bulan berkuatkuasa serta merta.

Bukankah Pandikar Amin sendiri pernah menggunakan kuasanya mengambil tindakan orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari menghadiri sidang parlimen. Apakah Pandikar Amin tidak memihak?

Pandikar Amin tidak pernah menggantung atau mengambil tindakan kepada walau seorang pun Ahli Parlimen BN. Adakah ini tidak memihak?

Tidak perlu Pandikar Amin memberi nasihat kerana takut nanti beliau diumpamakan bagaikan Ketam Mengajar Anak berjalan betul!!!!

Comments