NIZAR PEMIMPIN KENTAL DAN TAHAN UJI ~ Ref Malaysiakini

Terbukti Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin adalah seorang pemimpin kental, penyabar dan tahan uji. Walaupun beliau diuji dengan pelbagai ujian yang dahsyat beliau tetap mempertahankan prinsip perjuangannya.

Sesungguhnya bukan semua orang boleh tahan dengan ujian hebat dilucutkan jawatan secara rompakan sebegini. Namun beliau tetap mempertahankan pendiriannya bahawa kerajaan BN yang dibentuk minggu lalu adalah kerajaan HARAM dan beliau masih menjadi Menteri Besar yang sah.

Walaupun dituduh penderhaka, muka tembok, pengkhianat bangsa dan sebagai beliau tetap istiqamah mempertahankan mandat rakyat yang diamanahkan kepada beliau iaitu menjadi Menteri Besar Perak secara sah.

Hari ini beliau membuktikan sekali lagi bahawa beliau bukannya seorang pemimpin yang lemah, mudah putus asa dan tidak berprinsip. Beliau bersama anggota Exconya tetap pergi ke Pejabat mereka di Bangunan SUK walaupun dihalang oleh Polis dari memasukinya.

Sahabat saya ADUN Titi Serong, YB Khalil Idham Lim melaporkan di dalam blognya bahawa Kehadiran YAB Menteri Besar Perak disambut hangat oleh ratusan penyokong di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat menteri Besar. Gambar-gambar menarik klik di sini.

Disamping itu kelihatan kebanyakan cermin pejabat di bangunan tersebut dan para pegawai menyaksi dan melambaikan tangan kepada YAB Menteri Besar. Ir. Nizar juga melambai-lambaikan tangan kepada mereka.

Kawalan ketat oleh pasukan keselamatan termasuk FRU tidak melemah semangat YAB Menteri Besar dan rombongan.

Walaupun ada beberapa kali cuba dileraikan tetapi kumpulan manusia yang berkumpul tidak berganjak dari kawasan pintu masuk.

Menteri Besar seterusnya pulang ke kediamannya bagi meneruskan tugasan hariannya. Beliau akur dengan arahan Polis bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam.

"Bersama saya pada pagi ini ialah para Exco dan ADUN, kami utamakan keamanan dan ketenteraman dan kami akan balik " kata Ir. Nizar sebelum berlepas pulang ke Pejabat sementaranya di Kediaman rasmi Menteri Besar.

Comments