MENGAPA DAKWAAN RASUAH KHIR TOYO DIBAKULSAMPAHKAN, DAKWAN KEPADA KHALID DISIASAT? ~ Ref Malaysiakini

Di bawah ini adalah 20 dakwaan yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR (sekarang SPRM). Namun mengapa ianya tidak disiasat dan Khir Toyo tidak didakwa? Laporan dan dakwaan ini antaranya dilakukan oleh Ezam Kotak dan Ahmad Lutfi Othman.
20 kes rasuah yang didakwa dilakukan oleh Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo*.

1. Meluluskan projek pembinajalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km,bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan,Meram Holdings.
Menurut taksiran JKR, kos jalanitu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semuaprojek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuanrumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarahsyarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar diShah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (LayarKekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang namapengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaituseolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorangsahaja.
Nilai tanah di kawasanberkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untungminimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3.Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masasingkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambilsecara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001,sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiaporang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphindan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupunSetpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, danpemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkanmodal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorangdarinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanahitu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu punyang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagipihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarahsyarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonanmereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegangsyer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonandiluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulanMac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua bakipinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang.Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidakmampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengankos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang diSimpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa danpengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapakbanglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangidengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnyakerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawarandari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telahdiperolehi.

7. Khir memberi sumbanganperibadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepadapengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000.Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumberkewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuahsyarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayamterbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau rebantidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001,meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langatkepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewahdimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnyabersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An jugadikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua inimenyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempenpilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasangpaip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km,bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal,yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dariPekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwamendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesimembekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangorkepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd.Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan,untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilanghanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak diKompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepadaFungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng,bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua inijuga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yanghampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan hargadiskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum inibeliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya diKajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan PengarahJKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbulkontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntunganlumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaanjalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dankuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubunganrapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnyabeliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di JandaBaik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan suratakujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipantunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruhSelangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjiankonsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secaramudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30%kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembeliankenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar(dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MBbelum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khirmenjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun sepertisepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan danIbu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, dimana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijualkepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytiharkepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semuaminit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat,manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yangdipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Excolain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Excosehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isurasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk dikerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuaratberlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekartanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi,kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuatbantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demimengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer NobleNexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan riburinggit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuhberwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khirmengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak,buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuaratMajlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah& projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain.Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES,menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah darisegi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Saya mohon pihak SPRM menyiasat dakwaan dan laporan yang dibuat oleh Ezam, Lutfi dan lain-lain ini seberapa segera.

Comments

fital said…
mungkin tunggu sampai PR menang