KERAKUSAN KERAJAAN BN MELAKA LENYAPKAN PADANG PAHLAWAN ~ Ref Malaysiakini

Padang Pahlawan juga dikenali sebagai Padang Merdeka terletak di Bandar Hilir, Melaka. Di padang inilah, pada 20 Februari 1956 bekas Perdana Menteri Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengistiharkan bahawa tarikh kemerdekaan telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Setelah pulang daripada rundingan selama 3 minggu dengan pihak British, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaiki konvoi kereta daripada Ayer Keroh ke Padang Merdeka di Melaka sebelum mengumumkan kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka bahawa Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu secara rasminya pada 31 Ogos tahun 1957.

Namun kini semua kesan sejarah itu sudah ghaib dan hilang beigtu sahaja kerana kerakusan kerajaan negeri Melaka yang begitu dahagakan pembangunan sehingga sanggup memusnahkan kesan sejarah.

Padang pahlawan yang menyimpan seribu satu sejarah kemerdekaan negara telah di”godam” dengan pembangunan melampau. Jika 5 tahun lepas Padang Pahlawan masih gah dengan rumpunan hijau tanda pengisytiharan kemerdekaan diumum buat pertama kalinya di Tanah Melayu, tetapi saat ini jika anda kesini rumpunan hijau dan pokek rendang yang menglilingi padang ini sudah sirna kerana kerakusan manusia.

Kerajaan Negeri Melaka yang ada sekarang langsung tidak menghormati bagaimana susah payahnya bekas Ketua Menteri Melaka dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba yang melobi Tunku Abdul Rahman supaya mengisytharkan kemerdekaan di Padang Pahlawan pada tahun 1956.

Mengikut sejarah, Pada 19 Februari 1956 Ghafar mengarahkan semua ahli-ahli UMNO memberitahu rakyat di seluruh Melaka bahawa pengisytiharan tarikh kemerdekaan tetap dibuat di sebelah pagi pada 20 Februari 1956, dan bukan di sebelah petang seperti yang dirancangkan oleh Jawatankuasa Sambutan yang telah dibubarkan itu dan ianya akan dilangsungkan di Padang Pahlawan.

Akhirnya, kerja-kerja Ghafar mengumpulkan orang berjaya. Bukan sahaja penduduk Melaka, bahkan penduduk seluruh negara telah berhimpun seramai 100,000 orang di Padang Bandar Hilir, (sekarang diberi nama Padang Pahlawan) bagi menyambut kepulangan Tunku dan rombongannya dari London.

Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak, mewakili Raja-Raja Melayu. Tun Tan Cheng Lock wakil masyarakat Cina, dan Tun Sambanthan, wakil masyarakat India memberi ucapan aluannya sebelum Tunku mengisytiharkan tarikh kemerdekaan.

Sebagai pengerusi, Ghafar turut berucap mengalu-alukan kejayaan rombongan rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku itu. Antara lain ucapannya Allahyarham Tun Ghafar berkata pada 450 tahun yang lalu di sinilah tempatnya datuk nenek orang Melayu Melaka berkorban dalam perjuangan menentang imperialis. Pada hari ini, 450 tahun kemudian, walaupun sudah sekian lama jasad datuk nenek kita hilang ditelan bumi, tetapi rumput-rampai, air laut yang ada di sekeliling kita pada hari ini menjadi saksi bahawa roh datuk nenek kita hidup semula dan menyaksikan anak cucunya yang telah menyambung perjuangannya sekian lama dapat menebus kembali kemerdekaan Melaka yang telah hilang itu.

Rakyat Melaka terhutang budi kepada Tunku Abdul Rahman kerana dengan usahanya yang gigih Melaka, yang telah diperintahkan berkurun-kurun lama oleh penjajahan Barat dan Timur, dapat dikembalikan kemerdekaannya tidak lama lagi.”

Menurut Ghafar, Tunku, sebagaimana biasa, berucap dengan nada sederhana tetapi penuh bererti. Setelah menghuraikan beberapa perkara penting yang dinukil dalam perjanjian kemerdekaan yang ditandatangani di London, maka sampailah saat yang ditunggu-tunggu untuk Tunku mengisytiharkan 31 Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan Malaya.

Kata Ghafar mengingati saat-saat bersejarah dan penuh kenangan itu: “Masih dapat saya gambarkan sehingga hari ini kedengaran tempik sorak 100,000 rakyat di Padang Bandar Hilir dengan penuh perasaan terharu bercampur riang gembira yang tidak terhingga kerana perjuangan besar rakyat Malaya telah mencapai kejayaan dengan sepenuh-penuhnya.”

Tunku telah dihadiahkan sebilah keris berumur 100 tahun oleh UMNO Cawangan Simpang, Melaka. Namun kini tempat bersejarah ini sudah bertukar dalam sekelip mata. Tempat yang paling penting dan bersejarah ini yang sepatutnya dikekalkan akhirnya hilang beigtu sahaja. Yang tinggal kini hanyalah deretan Supermarket, kedai-kedai dan gedung-gedung membeli belah.

Jika dulu dipadang ini anda boleh melihat pelancong menaiki kereta lembu sekarang ianya sudah berubah sama sekali dengan para pelancong lebih banyak melihat-lihat gerai-gerai pekedai cina ala hong kong dan beberapa galeri butik melayu. Ibarat tidak ubah seperti Berjaya Times Square di KL dan butik butik mewah di sepanjang Bukit Bintang.

Ini petunjuk nyata bahawa kerajaan BN yang memerintah negeri Melaka tidak mengambil betapa pentingnya Padang Pahlawan kepada sejarah kemerdekaan negara. Bagaimana mungkin kerajaan yang begitu berbangga dengan pengisytiharan Bandaraya Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia sedangkan pada masa yang sama meragut sejarah penting kemerdekaan negara.
Tidak mustahil pada suatu masa kelak semua tempat bersejarah di Melaka ini akan hanya tinggal nama sahaja andaikata BN terus berkuasa di negara kita ini.

Comments

Hasbullah Pit said…
Saya lebih suka cerita Dr Burhanudin Al-Helmy punya acara di Padang Pahlawan berbanding Cerita Tunku & Ghafar.

"Dari Robohan Kota melaka, kita bangunkan Jiwa Merdeka"
Mereka yang berjiwa pahlawan, pasti mengenang padang tersebut, sebagaimana wujudnya padang pahlawan di Aceh ketika para mujahidin berhimpun di sebuah dataran di pinggir laut, sebelum belayar untuk membantu saudara seagamanya di Melaka ketika diserang Portugis, pada abad ke-16 lalu. Adakah mereka khianat mengenang perjuangan pahlawan?
...diwaktu kecil, saya sering kepadang itu dan sering juga menelek kereta lembu yang banyak perhiasan disitu. kampung saya diBanda Kaba, sebahagiannya telah dibina High school. Masih terdapat gambar lama dikawasan situ ,sebelum ditambak, tergantung didinding rumah bapa saudara saya...menarik sekali.
Tapi sekarang kawasan itu sudah sempit dan nampaknya macam sesak aja...
Ya!!! "dari Robohan Kota melaka,kita bangunkan jiwa merdeka"...