KERAJAAN 'HARAM' PERAK BENAR-BENAR TERSEPIT, BAHANA ROMPAK KUASA PR? ~ Ref Malaysiakini

Terbukti tindakan merompak dan merampas kuasa negeri Perak dengan cara biadap dan gangster akhirnya merugikan rakyat dan negeri Perak sendiri.
Kini keyakinan pelabur untuk melabur di Perak sudah hilang, kerajaan HARAM negeri Perak berhadapan dengan krisis perlembagaan sehingga tidak boleh menumpukan perhatian kepada pentadbiran mereka.
Malah kerajaan HARAM ini saban waktu dan saat memikirkan cara untuk memastikan kerajaan HARAM mereka tidak roboh. Inilah bahana apabila BN tamakkan kuasa sehingga sanggup melakukan kerja-kerja keji membeli dan mengugut ADUN PR untuk melompat parti.
Kejahatan dan kebiadapan BN ini sebenarnya tidak dibuat secara terancang dan secara cerdik. Tindakan mereka yang salah akhirnya ditunjukkan oleh Allah apabila masih ada ruang untuk mengajar kerajaan HARAM ini iaitu melalui kuasa Speaker DUN Perak yang sebenarnya amat berkuasa selepas kuasa Sultan dan MB. Di dalam Dewan dan ketika persidangan DUN kuasa Speaker adalah mutlak. Begitu juga Speaker berkuasa untuk menghalang mana-mana ADUN yang tidak menghormati Dewan dengan menghukum mereka melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang dipengerusikan oleh Speaker.
Akhirnya BN terjerat dengan tindakan bodoh mereka sendiri. Apabila terlepas pandang bahawa di sana terdapat satu lagi orang yang berkuasa iaitu Speaker DUN.
Oleh kerana tersepit dan takut kehilangan kuasa yang sememangnya bukan hak mutlak mereka, BN menghabiskan wang untuk mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak.

Menurut laporan sebuah laman akhbar online beberapa anggota pasukan peguam mereka dijadual berlepas ke London hari ini dengan disertai oleh salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit.

"Pasukan ini terdiri daripada peguam kanan dan muda, dengan salah seorang daripada mereka pernah terlibat dalam kes membabitkan Ketua Menteri Sabah pada 1986," kata sumber.

Menurut sumber itu, mereka akan mendapatkan pandangan kedua berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung mereka dan juga tindakan perundangan yang diambil oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Kata sumber itu, pasukan tersebut ke London bagi pihak Zambry dan enam Exco berkenaan dan ditanya sama ada Peguam Diraja akan mewakili mereka di mahkamah, sumber itu berkata: "Tidak.
Selain mendapatkan pandangan kedua, mereka juga mahukan pandangan berhubung kedudukan bidang kuasa Komanwel yang lain, selain kes-kes di Sabah dan Sarawak di sini."

Comments