KERAJAAN 'HARAM' BN PERAK AKAN TUMBANG APRIL?

BN boleh merampas secara rakus kerajaan PR di Perak dengan membelakangkan etika, perlembagaan dan semangat demokrasi serta agama. BN langsung tidak bermaruah apabila membeli dan mengugut ADUN PR supaya melompat parti.

Oleh kerana kejahatan dan kebiadapan mereka itu, kerajaan BN yang dibentuk seperti tidak bermaya dan longlai. Malah dilihat tidak bersemangat untuk meneruskan pentadbirannya. Kalau BN berusaha mengaggu gugat kerajaan PR di negeri-negeri lain, mereka lupa bahawa kerajaan mereka di Perak adalah kerajaan lemah dan HARAM.

Kini Kerajaan BN Perak menghadapi kemelut yang sangat besar dan menunggu masa untuk ditumbangkan lantaran MB dan Exconya semuanya digantung dari menghadiri sidang DUN akan datang. Selain itu 3 orang ADUN lompat yang menyokong mereka juga tidak akan dibenarkan menghadiri sidang DUN kerana kerusi-kerusi mereka sebenarnya telah kosong seperti yang diisytiharkan oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar.
Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, mengantung Dr Zambry selama 18 bulan manakala enam exco kerajaan negeri selama 12 bulan kerana didakwa menghina DUN.Ekoran penggantungan mereka, kerusi BN di DUN Perak berkurangan dari 28 kepada 21 kerusi, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi, dengan tiga kerusi Adun bebas.
Semalam V Sivakumar telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang dewan April depan.
Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizam Jamaluddin berkata tarikh berkenaan adalah mengikut jadual persidangan yang telah dirancang pada tahun ini.
Beliau memberitahu pemberita di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari rumah kediaman menteri besar di Ipoh semalam.

Comments

Anonymous said…
harap maaf...Datuk Seri Mohd Nizam Jamaluddin ke
Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin?