BN AKAN LEMAU DI BKT SELAMBAU DAN BUNTANG DI BKT GANTANG ~ Ref Malaysiakini

Melihat kepada situasi terkini 'mood' rakyat yang amat meluat dengan BN tidak mustahil mereka akan lemau di Bukit Selambau dan buntang di Bukit Gantang.

Jentera BN sudah tentu lemau bagaikan biskut lemau yang tidak rangup. Rasanya sudah tidak sedap, semutpun tidak terliur untuk makan dan baunya pula hapak dan meloyakan. Sebab itu saya yakin pengundi Bukit Selambau akan mengajar BN pada PRK di DUN itu nanti. Komposisi kaum yang menunjukkan bukan Melayu berjumlah lebih dari 40 % sudah tentu menjadi mimpi ngeri buat BN. Lebih-lebih dengan peristiwa kebobrokan dan kejahatan Najib yang merompak pemerintahan kerajaan PR di Perak.

Begitu juga dengan Parlimen Bukit Gantang yang hampir pasti menjadi pusara ketiga BN selepas menempah kubur di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Jumlah kaum Cina dan India lebih dari 30 % benar-benar merimaskan BN.

Kemarahan kaum India semakin meluap-luap dengan peristiwa kematian Kugan di Penjara dan juga layanan BN kepada masyarakat India yang semakin teruk.

Bagi kaum Cina, 'keruntuhan' kerajaan PR di Perak benar-benar menyedarkan mereka bahawa BN merupakan sebuah parti yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memuas nafsu mereka. BN sanggup membelakangkan undang-undang dan bertindak jijik memusing 'kepala otak' 3 ADUN PR dengan tawaran, janji dan ugutan tertentu.

Saya juga yakin pengundi Melayu akan membuat perubahan. Kalau dalam PRU 12 dulu peratusan Melayu yang mengundi PAS dan PKR di kedua-dua kerusi tersebut adalah kira-kira 40-50%, kali ini kemungkinan besar ianya meningkat sehingga 50-55 %. Walaupun PR dituduh menderhaka kepada Sultan dan lain-lain tuduhan namun mereka tahu bahawa semua angkara ini didahulukan oleh BN/Umno yang sanggup menggunakan apa sahaja hatta membelakangkan undang-undang untuk merompak kekuasaan keraajaan negeri Perak.

Tidak syak lagi kedua-dua PRK ini merupakan suatu petunjuk kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengajaran kepada BN bahawa BN sudah tidak relevan dan wajar dibubarkan.
Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Comments