BALA : ADUN BN BEREBUT UNTUK JADI EXCO? ~ Ref Malaysiakini

Blogger Cina Islam melaporkan bahawa berlaku perebutan antara ADUN-ADUN BN yang masing-masing berhajat untuk menjadi Exco kerajaan HARAM BN di Perak.

Sudah sah bahawa di Istana Bukit Candan bahawa hanya 6 orang sahaja yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMK) pada pagi. Ke mana perginya yang lain. Sedangkan kebiasaannya 10 orang ADUN akan dilantik menjadi Exco atau sekurang-kurangnya 8 orang.

Kemungkinan besar MB HARAM dan BN gagal mencapai kata sepakat untuk melantik Exco kerajaan HARAM. Mungkin juga masing-masing berebut-rebut untuk menjadi Exco bagi membolehkan mereka mendapat pelbagai keistimewaan.

Kita sedar bahawa matlamat perjuangan orang BN dan Umno adalah untuk mendapat pangkat, kuasa dan projek. Maka tidak hairanlah kalau masing-masing berebut-rebut untuk mendapatkannya.

Atau mungkin kekosongan itu diperuntukkan untuk 'team' lompat iaitu Osman, Jamaluddin, Nasaruddin dan Hee.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang baru di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak sedang berlangsung.

Antara barisan Exco baru yang telah mengangkat sumpah ialah:

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Hamidah Osman - jawatankuasa industri, pelaburan, pembangunan usahawan, teknologi telekomunikasi, pelancongan dan hal-ehwal wanita.

Adun Manong Datuk Ramly Zahari, yang juga setiausaha perhubungan Umno Perak - kemudahan awam, tenaga dan air,

Adun Chenderiang, Dr Mah Hang Soon, juga ketua Pemuda MCA Perak - kesihatan, kerajaan tempatan, hal-ehwal pengguna, alam sekitar, pengangkutan awam dan hal-ehwal bukan Islam.

Adun Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad - pembangunan luar bandar, pembasmian kemiskinan, perladangan dan kebajikan.

Adun Kamunting, Mohd Zahir Abdul Khalid - pelajaran, pengajian tinggi, sains dan teknologi.

Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin, juga ketua Pemuda Umno Perak - kesenian, kebudayaan, belia dan sukan.

Comments