APA ALASAN SPR UNTUK TIADAKAN PRK DI BATANG AI? ~ Ref Malaysiakini

Nampaknya sekali lagi SPR tidak dapat mencari alasan untuk menidakkan keperluan mengadakan Pilihanraya Kecil di DUN Batang Ai Sarawak. Ini kerana ADUN Batang Ai Datuk Dublin Unting betul-betul meninggal dunia bukan main-main.
Kalau SPR tidak yakin Dublin meninggal sudah tentu SPR akan mengatakan kami akan siasat benarkan beliau meninggal.
Namun hari ini SPR nampaknya benar-benar percaya Dublin telah meninggal dunia sebab itu SPR membuat kenyataan bahawa PRK perlu diadakan di DUN Batang Ai.
Media hari ini melaporkan bahawa Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Dublin Unting, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai meninggal dunia awal pagi tadi.

Sumber PRS mengesahkan beliau meninggal dunia setelah diserang angin ahmar kira-kira pukul 1.25 pagi.

Mendiang juga Timbalan Menteri Sarawak bagi Sukan dan Pertanian.

Kerusi DUN Batang Ai terletak dalam bahagian Parlimen Lubok Antu, Sarawak.

ADUN dua penggal itu mempertahankan kerusinya pada 2006 dengan menewaskan calon Parti Nasional Sarawak (Snap), Bawin Anggat.

Perkembangan terbaru ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil dalam masa 60 hari memandangkan tempoh mandat semasa kerajaan negeri Sarawak hanya akan berakhir pada Mei 2011.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika dihubungi mengesahkan sudah memperoleh maklumat mengenai perkembangan terbaru ini.

Comments