AMK BATU SOKONG NIZAR TANDING DI BKT GANTANG ~ Ref Malaysiakini

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Batu menyokong cadangan yang dibuat oleh Pemuda PAS Kelantan dan DAP Perak supaya Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin bertanding di Parlimen Bukit Gantang pada pilihanraya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi berikutan kematian Allahyarham Roslan Shaharum.

Saranan ini dibuat supaya rakyat Perak yang diwakili oleh pengundi Parlimen Bukit Gantang akan membuktikan pada kertas undi bahawa rakyat tetap menyokong Dato' Seri IR Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak sekaligus tidak mengiktiraf kerajaan haram BN Perak.

Pilihanraya ini juga akan menjadi medan buat Pakatan Rakyat membuktikan bahawa persefahaman di antara parti gabungan Pakatan Rakyat masih lagi kukuh dan kerjasama PKR-PAS-DAP masih berjalan lancar dalam membela nasib rakyat dari kezaliman UMNO/BN.

AMK Batu juga yakin dengan momentum rakyat negara ini yang dahagakan perubahan dan sekaligus mengekalkan rentak kemenangan sejak Pilihanraya Umum ke 12, Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dan seterusnya di Parlimen Bukit Gantang.

AMK Batu turut bersedia menghantar jentera - jentera parti sebaik sahaja tarikh berkempen diumumkan SPR bagi menggempur Parlimen Bukit Gantang dan mengekalkan kemenangan kepada PAS.

Sekian, Terima Kasih.

Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin
Naib Ketua AMK Batu

Comments