ADUN-ADUN BERPENGALAMAN DIHINA OLEH ZAMBRY? ~ Ref Malaysiakini

ADUN-ADUN yang berpengalaman dan berpengaruh tidak dilantik menjadi Exco kerajaan HARAM BN pagi ini. Perkembangan ini menunjukkan bahawa Zambry menghina mereka dengan menafikan pengalaman dan jasa mereka kepada rakyat negeri Perak.

Antara ADUN yang layak dan lebih layak dari ADUN-ADUN yang dilantik menjadi Exco HARAM itu ialah ADUN Kubu Gajah, Raja Ahmad Zainuddin; ADUN Bota, Nasaruddin Hashim dan lain-lain.

Terbukti bahawa Zambry (gambar) cuba membina pengaruhnya dengan mengenepikan ADUN-ADUN Senior. Ini memang menjadi amalan dalam BN di mana orang bawahan yang hebat tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan tertentu kerana dikhuatiri akan melawan 'taukeh'.

Maka putihlah mata ADUN-ADUN tersebut sedangkan masing-masing begitu yakin akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri HARAM ini.

Saya yakin perkembangan ini akan memperok perandakan kerajaan HARAM BN Perak ini. Lambat laun kerajaan HARAM ini akan runtuh begitu sahaja akibat dari BALA dan BALASAN di atas kejahatan dan kebiadapan mereka.

Comments

Anonymous said…
Kita jangan silap membuat andaian, ADUN lama BN yang tidak dipilih dah cukup penuh kantong mereka dan jika tak dicalonkan semula dalam PRU13 pun tak apa