PRK TERENGGANU : KERAJAAN BN BERHUTANG RM2.5 BILION KEPADA RAKYAT TERENGGANU ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan Pusat sebenarnya masih berhutang sebanyak RM2.5Bilion kepada rakyat Terengganu kerana tidak membayar royalti minyak dari tahun 2002~2007. Fakta ini bercanggah dengan kenyataan pemimpin BN yang mendakwa hutang kerajaan pusat hanyalah RM1.5 bilion.
Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Penyelidikan PAS, YB Dr Dzulkifli Ahmad ketika berceramah di Pasir Panjang dalam siri kempen PAS Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu.
"Jelas sekali pemimpin cuba menipu rakyat dalam isu ini, sedangkan rakyat tahu bahawa setiap tahun royalti yang sepatutnya diterima oleh Terengganu ialah kira-kira RM1bilion.
Oleh itu Dr Dzulkifli mengharapkan rakyat Kuala Terengganu bangkit untuk memilih PAS hari pengundian 17 Januari dan pada malam itu calon PAS diisytiharkan menang.
Menurutnya dengan kemenangan itu YB Abdul Wahid Endut akan membawa suara rakyat Terengganu bagi menuntut hak mereka.

Comments