PRK KUALA TERENGGANU : YANG TUMBUH TIDAK SAMA DENGAN YANG HILANG - ZUBIR ~ Ref Malaysiakini

Semalam dalam satu majlis perjumpaan dengan guru-guru di Kuala Terengganu, Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Kuala Terengganu, Zubir Embong yang juga merupakan salah seorang orang penting Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu berkata bahawa Allahyarham Dato' Razali sangat hebat dan sangat besar jasanya dalam pendidikan.
"Beliau tidak hebat dalam politik sebab itulah beliau dibenci oleh rakan taulan dalam politik".
"WALAUPUN PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI, NAMUN YANG AKAN GANTI TAK AKAN SAMA DENGAN DATO' RAZALI" kata Zubir Embong.
Itulah ungkapan yang penuh makna yang dinyatakan oleh Zubir yang merupakan salah seorang bakal calon BN yang tidak dipilih untuk bertanding mewakili BN pada PRK Kuala Terengganu 17 Januari ini.
Ternyata kata-kata Zubir mempunyai makna yang tersirat yang boleh kita tafsirkan bahawa pengganti Allahyarham Dato' Razali untuk parlimen ini bagi mewakili BN tidak akan dapat menandingi kehebatan Allahyarham Dato' Razali.
Jadi kalau begitu saya yakin dan berharap pengundi Kuala Terengganu tidak perlu mengundi pengganti Razali iaitu Wan Farid kerana ternyata Wan Farid tidak layak dan sehebat Razali. Saya yakin calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut juga jauh lebih hebat dari Wan Farid.
Oleh itu tidak syak pengundi Kuala Terengganu mesti mengundi YB Wahid Endut untuk mewakili mereka.

Comments

Anonymous said…
1)Ni la dia Ketua Penerangan PAS yg bodo dan lembab...

2)kerja lain x de...asyik la melagakan dan memburukkan org...

3)ni ke Pencinta Perjuangan Islam dan keadilan sejak kecil?

4)Betul2 hipokrit la lembu nie....
Apa yang dia kata , itu umno punya hal,umno punya problem. umno pergi jahanam pun dia umno punya problem.

Harapan rakyat cuma mahukan sistem yang adil ,tak rasuah serta bina rakyat sebagai Bangsa Malaysia.
Harap PAS dan blog ni akan tumpu pada hal masharakat dan tidak ikut teladan umno yang amat suka main batu api.
Kita faham , kita mahu menang.
Tapi bukan ikut cara umno.

yang malu-malu tanpa nama kata "ketua penerangan pas yg bodo dan lembab..
Kita terima kasih kepada nya atas pertunjuk nya walupun dia malu letak nama.Makna yang sokong umno pun amat jaga dan prihatin kepada PAS. harap blog ni dan saudara Sofiwahap akan lebih kerja dengan penuh tumpuan.

*kalau bodoh dan lembab, setahu saya dua tiga aje,..abdullah badawi ,hamid albar dan nazri.
Anonymous said…
Kepada anon(anai2) 21:08 jgn terlalu emosi, saya tahu anai2 ni org UMNO/BN apa rasa kalu org kata anai2 ni serupa mcm anai2 kata det KP PAS ni. Sebab apa saya kata anoi ni anai2. Cuba lihat sikap anai2. merosak dan meroboh sesuatu. UMNO/BN akan diroboh kan oleh anai2 yg mcm ni Lah.