PRK K.TERENGGANU : MASA DEPAN VS KEBENDAAN SEMENTARA ~ Ref Malaysiakini

Terbukti pilihanraya kecil kali akan menyerlahkan kesedaran rakyat samada mereka mahukan masa depan negara dalam jangka panjang lebih terjamin atau kemahuan rakyat kepada kebendaan yang bersifat jangka pendek.
PR menawarkan suatu rangka kerja untuk melihat Malaysia menjadi negara cemerlang bukannya berdasarkan semangat perkauman sempit, telus, demokratik, adil dan sebagainya. Atau rakyat mahukan sebuah negara yang diperintah oleh kerajaan masa depan yang terus meneruskan memaikan api perkauman, zalim, menindas, mengamalkan kronisme, rasuah politik, diskriminasi dan lain-lain.
Jika benar rakyat mahukan sebuah negara baru yang dinamik, adil, bebas dari rasuah dan kronisme maka mereka wajib memilih PR yang diwakili PAS.
PAS telah membuktikan kehebatan Islam dan prinsip keadilan yang diamalkan di Kelantan di mana sepanjang 18 tahun memerintah tidak ada seorang pemimpinnya dibuktikan terlibat dengan rasuah, tiada kronisme, tiada diskriminasi kaum, bebas mengamalkan ajaran agama masing dan lain-lain lagi.
Tidak syak lagi PR sudah membuktikan bahawa tohmahan yang PR tidak mampu memerintah adalah fitnah dan pembohongan kerana sehingga ini sudah setahun kerajaan PR di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor ditegakkan tidak isu-isu besar yang menggugat kebajikan dan kesejahteraan berlaku di sana. Malah rakyat sudah menikmati sebahagian program kebajikan yang dijanjikan di dalam manisfesto PAS, PKR dan DAP pada PRU 2008.
Jadi tidak sebab mengapa pengundi Kuala Terengganu menolak PR dan PAS pada 17 Januari ini.

Comments

Anonymous said…
1) PAS di Kelantan mmg la hebat..cuma di Melaka jer....Kesian....Sejak merdeka sampai la sekarang...x pernah la PAS menang pilihan raya at Melaka ni....

2)Sekarang lagi payah PAS nak menang kat Melaka, pasal Ketua Penerangan dia asyik sibuk PRK Terengganu...negeri lain yg dia dok heboh.... Negeri Melaka dia tinggalkan...

3) Buat blog citer pasal Terengganu, jawatan Ketua Penerangan PAS Melaka...Giler kuasa la budak sofi nie.....

4) Patut la PAS melaka x hebat....sofi jadik ketua penerangan....yg diTERANGkan kisah luar melaka....yg dalam melaka x de isu...kesiannnn......
Anonymous said…
buat saudara anoymous...

bawa2 ler istifar...jgn asyik nak mengutuk org jer. Belajar le terima hakikat bawasanya UMNO tu dh x lama lagi nak berkubur... Ingat MATI sikit....