UMNO KETEPIKAN PEMIMPIN MUDA ~ Ref Malaysiakini

Dakwaan Ketua Umno Bahagian Pulai bahawa Umno sentiasa meminggirkan pemimpin muda sehingga sukar untuk mereka naik di dalam Umno memang ada kebenarannya. Biasanya kalau ada pemimpin muda yang tunjuk pandai maka alamatnya tidak lamalah hayatnya pasti dicantas oleh orang atasan.

Dalam kenyataannya di petik dari Malaysiakini, Jazlan berkata, beliau menawarkan diri bertanding untuk jawatan timbalan presiden Umno sebagai mewakili suara orang muda dalam Umno.

Menurutnya, beliau menawarkan diri ini supaya diberi peluang untuk menarik orang muda, bukan sahaja yang ada dalam parti tetapi yang di luar supaya menyokong semula Umno.

Katanya, orang muda dalam Umno susah hendak naik kerana birokrasi, iaitu kenaikan berdasarkan kekananan jawatan dalam parti.

Ini berlainan dengan PAS di mana seringkali orang muda diangkat memegang jawatan penting. Contohnya Timbalan Presiden PAS sekarang, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dilantik menjadi Setiausaha Agung oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor pada usia kurang dari 40 tahun semasa Almarhum menjadi Presiden PAS dulu.

Selepas itu PAS memberikan ruang yang luas kepada Ustaz Nasaruddin apabila beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS sehingga sekarang setelah beliau memenanginya pada pemilihan AJK PAS Pusat beberapa tahun lalu.

Selain itu Ketua Dewan Pemuda PAS YB Salahuddin Ayub sendiri dilantik sebagai Ketua Whip Ahli Parlimen PAS di Parlimen sekarang.

Setiausaha Dewan Muslimat PAS sekarang, Aiman Athirah juga seorang pemudi yang belum pun 40 tahun tetapi diberikan amanah yang besar di dalam Dewan Muslimat PAS Pusat.

Tidak syak lagi Umno bukanlah sebuah parti yang sesuai untuk orang muda kerana suara orang muda seringkali diketepikan samada di peringkat Majlis Tertinggi maupun di dalam Pergerakan Wanita. Sebab itulah amat susah bagi bekas Ketua Puteri Umno Azalina Othman Said dan Noraini Ahmad untuk menyertai Pergerakan Wanita.

Saya mencadangkan kepada semua orang muda terutamanya Pemuda Melayu supaya memilih PAS dalam merealisasikan perjuangan kepemudaan jika mahukan suara pemuda didengar dan diberi perhatian.

Andaikata mereka memilih Umno sudah pasti mereka akan menjadi penumpang umpama 'melukut di tepi gantang'.

Comments