UMNO BERGOLAK, PAS & DAP SEMAKIN MANTAP, MASA DEPAN PAKATAN CERAH ~ Ref Malaysiakini

Umno semakin hari semakin bergolak berikutan pergaduhan dan perkelahian sesama mereka dalam pemilihan jawatan yang sedang hangat sekarang. Tradisi Umno memang begitu, setiap kali pemilihan akan ada yang merana, jauh hati, dicantas dan terpinggir. Semuanya lantaran hawa nafsu 'hubud dunia' yang menebal di dalam diri pemimpin-pemimpin Umno dan ahlinya.

Pergolakan ini bukannya berlaku di peringkat bawah tetapi di peringkat teratas di mana Presiden nampaknya berseteru dan bergaduh dengan Naib Presiden sendiri. Ianya jelas membuktikan tidak ada perpaduan dan kesepakatan fikiran di dalam Umno. Lebih teruk dari itu ramai pemimpin yang berkaliber dan hebat dipinggirkan lantaran tewas dalam pemilihan kerana tiada modal untuk berkempen menggunakan politik wang yang diakui sendiri oleh Rais Yatim.

Di saat Umno semakin bergolak PAS dan DAP semakin intim dan berjaya mengenepikan perbezaan pendapat dan pemikiran antara kedua parti tersebut. Nampaknya fitnah dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat berjaya ditepis dan ditangkis dengan mudah oleh PR.

Tidak syak lagi masa depan Pakatan amat cerah pada masa akan datang dan fenomena ini membuktikan bahawa PR sudah bersedia untuk menjadi kerajaan baru yang lebih baik dari kerajaan korup BN yang terbukti gagal memerintah akibat rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Comments