TIADA 'KLIK' DALAM UMNO, TAPI MENGAPA DOLLAH SOKONG NAJIB ~ Ref Malaysiakini

Beberapa hari lepas di dalam satu majlis di Alor Setar, Timbalan Presiden Umno menjelaskan bahawa tiada 'klik' atau 'geng' dalam Umno. Beliau juga menjelaskan tidak akan berpihak kepada sesiapa juga yang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dalam masa terdekat.

Namun tindakan Presiden Umno secara terbuka meminta Bahagian dan ahli Umno menyokong Najib dalam pemilihan Presiden merupakan suatu tindakan yang tidak demokratik dan tidak mencerminkan sikap seorang pimpinan yang bermaruah. Malah ianya berlawanan dengan apa yang diperkatakan oleh Najib.

Sepatutnya di saat pemilihan parti seperti sekarang Dollah mesti bersikap tidak memihak demi memastikan peralihan kuasa dan suara akar umbi dihormati.

Ramai pemerhati di kalangan Umno sendiri kesal dengan sikap Dollah yang jelas berkempen untuk Najib sedangkan ada seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk jawatan Presiden Umno iaitu Ku Li.

Jelas sekali bahawa demokrasi sudah mati dalam Umno. Sudahlah sistem kouta diteruskan, ditambah pula dengan sikap Presiden yang bakal pencen memberikan sokongan terbuka kepada Najib.

Sehingga hari ini sudah beberapa kali Dollah meminta ahli Umno menyokong Najib. Mengapa Dollah berbuat demikian, adakah ada perjanjian sebelum ini? tanya seorang ahli Umno cawangan Rasau Panjang, Batu Berendam yang tidak mahu namanya disiarkan.

Dollah Badawi hari ini sekali lagi meminta anggota Umno agar memberikan sokongan kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti itu yang baru pada pemilihan Mac depan.

Dalam kenyataannya yang saya petik dari Malaysiakini beliau nahukam Najib mengganti nya dan meminta ahli-ahli Umno memberikan sokongan kepada Najib.

Comments