TAHNIAH CIKGU MAJID DAN ROSLAN ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI TPJ DAN S/U BPPN PAHANG ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan tahniah kepada Bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Pahang, Cikgu Abdul Majid Hassan dan Setiausaha Eksekutif BPPN Pahang,Roslan Zainal kerana masing-masing dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Jaya Zon Tengah dan Setiausaha BPPN Pahang yang baru.

Cikgu Abdul Majid dilantik menggantikan Mejar (B) Hj Abdul Aziz Yaakob manakala Roslan menggantikan Cikgu Abdul Majid dalam rombakan kecil BPPBN Pahang Jumaat lalu. Mejar (B) Hj Abdul Aziz Yaakub yang juga Bekas ADUN Guai dikekalkan sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri (JPN) sebagai usaha untuk memberikan sepenuh masa beliau kepada kerja-kerja pilihanraya.

Dari jauh saya mendoakan rombakan ini akan memantapkan lagi gerakerja dakwah dan siasah di Negeri tumpah darah saya ini. Saya akan sentiasa mendoakan kejayaan PAS Pahang dalam mengharungi jerih payah perjuangan. Insya Allah apa yang termampu dari segi buah fikiran dan idea serta harta benda akan saya sumbangkan untuk PAS Negeri Pahang.

Selamat Berjuang. Allahu Akhbar

Sumber : dupahang.wordpress.com
Gambar : PJ Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Cikgu Abdul Majid Hassan (dua dari kiri), Roslan Zainal (paling kanan) dan Mohd Nazri Husin (PAS Kuala Krau)

Comments

Putra IJ80 said…
Melihat kejayaan Pas pada PRU10,.

Kita menjangka PAS Pahang akan menempa kemenangan yg.lebe besar selepas nya.

Tapi keadaan sebaliknya telah berlaku.

Malah dalam PRU13,ketika gelombang rakyat maukan perubahan,.

Pas Pahang bole di anggap gagal.

Maka di harapkan dgn ada nya tenaga tenaga baru ini akan berlaku anjakan kepada kekuatan PAS bagi menghadapi PRU13.

soalan cepu=Bagi yang sebaya dgn saya(30hn)"Tak mau kah rakan rakan di Pahang mendapat MB baru dari kalangan Ulama?

Tak jemu kah melihat yg.ada sekarang ni...dgn telatah yg.membelakangkan adat dan budaya orang kita.(Yg.tunjuk isyarat dg tangan tu....dah lupe ker??)

Jgn Maree!!!!!
Putra IJ80 said…
Maaf"Ayat ini hendaklah di baca:

Malah dalam PRU12,ketika gelombanag rakyat maukan perubahan....." i/o PRU13.

Maaf.