SOKONG BENTANG SEMULA BAJET ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong cadangan Ketua Pembangkang supaya Bajet 2009 yang dibentang oleh Perdana Menteri sebulan setengah lalu dibentangkan semula oleh Menteri Kewangan yang baru. Anwar berkata mencadangkan kerajaan membentang bajet baru semasa membahaskan bajet 2009 di parlimen hari ini.

Bekas Menteri Kewangan, Dollah Badawi membentangkan bajet 2009 pada 29 Ogos iaitu kira-kira sebulan lebih sebelum beliau menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib. Beliau mengambilalih kementeian pertahanan daripada Najib.

Ada beberapa alasan untuk saya menyokong cadangan Anwar di Parlimen hari ini :-

1) Ekonomi dunia terjejas teruk sejak sebulan lalu, ini bermakna ianya memberi kesan kepada angka-angka yang dibentangkan dari segi pendapatan, unjuran dan perbelanjaan untuk tahun depan. Sudah pasti ketiga-tiga perkara tersebut turut terjejas dan bajet mesti dbentangkan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Kerajaan juga mesti mengkaji semula semua projek dan program serta peruntukan untuk semua kementerian berdasarkan unjuran baru selepas krisis ekonomi sekarang.

Projek-projek besar dan tidak mendatangkan faedah yang banyak mesti dikaji semula supaya ianya tidak menjejaskan ekonomi negara.

2) Menteri Kewangan sudah bertukar dan sudah tentu menteri kewangan baru mempunyai rancangan dan program sendiri untuk disesuaikan dengan perkembangan ekonomi yang semakin lembap di dalam negara dan global.

3) Menteri Kewangan lama gagal menangani masalah ekonomi negara sehingga ekonomi negara terjejas teruk sekarang. Maka sudah tentu apa yang beliau bentang pada 29 Ogos lalu boleh dipertikaikan.

Oleh itu adalah baik untuk kerajaan membentangkan semula bajet 2009 bersesuaian dengan keadaan ekonomi sekarang yang jauh berbeza dengan bulan Ogos lepas.

Comments