SIAPA LEBIH BIADAP? ~ Ref Malaysiakini

SIAPA LEBIH BIADAP????

Orang yang menyumbat tahanan dalam ISA ATAU orang yang ditahan?

Orang yang menyumbat tahanan dalam ISA ATAU orang yang menggesa tahanan ISA dibebaskan?

Orang yang menyumbat tahanan dalam ISA ATAU orang berdemonstrasi meminta tahanan ISA dibebaskan?

Orang yang menangkap orang awam tanpa belas kasihan ATAU orang awam yang ditangkap?

Orang yang mempertahankan undang-undang ISA ATAU orang yang menggesa ISA dihapuskan?

Orang yang mengagung-agungkan ISA ATAU orang yang mencemuh dan mencaci ISA?

Orang yang mezalimi anak-anak dan isteri-isteri tahanan ISA ATAU Anak-anak dan isteri tahanan ISA?

Orang yang sesuka hati menggunakan ISA menangkap orang awam ATAU orang yang berusaha dengan apa cara sekalipun untuk membebaskan tahanan ISA?

Orang yang bongkak tidak mahu berjumpa dengan rakyat berbincang pasal ISA ATAU rakyat datang ke rumah terbuka menghantar memo?

Orang yang memisahkan kasih sayang anak dan isteri tahanan ISA ATAU Anak dan isteri yang dizalimi?

Orang yang berkuasa menangkap orang awam di bawah ISA ATAU orang yang menangis setiap malam agar tahanan ISA dibebaskan?

SIAPA LEBIH BIADAP SEBENARNYA?????

Comments

Jackie Lee said…
Pada pandangan saya, kes tahanan Hindraf dan RPK sebenarnya boleh dihindari dan tidak payah melalui ISA.

Sebelum mereka (hindraf) ditahan di bawah ISA, terdapat banyak amaran telah diberikan oleh kerajaan tetapi mereka mencabar juga dengan kerajaan.

Kes ini sama juga pada RPK, beliau mendapat banyak amaran daripada kerajaan tetapi beliau mengengkari teguran kerajaan dan terus membuat satu artikel berkenaan Islam.

Jadi nak salahkan siapa sebenarnya? Sesuatu perkara yang berlaku harus ada satu titik tolak permulaan untuk membangkitkannya.

Terima kasih.