SAUDI MAHU BINA BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA, MELAKA TAK LAWAN KE? ~ Ref Malaysiakini

Kerabat diraja Saudi, Putera Al-Waleed Talal berkata, beliau merancang membina bangunan paling tinggi di dunia di bandar Jeddah tidak lama lagi.

Menurut kenyataan oleh syarikatnya, Kingdom Holding, ketinggian bangunan berkenaan dijangka melebihi 1,312.4 meter dan akan menjadi satu projek terbesar Arab Saudi.

Ia dijangka menelan kos sehingga 100 bilion riyal (RM93.9 bilion). Projek yang akan dikenali sebagai Kingdom City itu akan meliputi keluasan 23 juta meter persegi dan akan dilengkapi dengan kawasan kediaman mewah, hotel, pusat membeli-belah dan pejabat.

Sebelum ini, bandar Dubai di Emiriah Arab Bersatu juga mengumumkan ia akan membina bangunan melebih satu kilometer tinggi.

Berita ini saya percaya sudahpun diketahui oleh Ketua Menteri Melaka. Jadi saya mencadangkan YAB Ketua Menteri supaya merancang untuk membina bangunan yang lebih tinggi dari yang akan dibina di Arab Saudi.

Ini sebagai satu cara untuk mempromosi negeri Melaka di mata dunia. Dengan mempunyai bangunan tinggi macam ini nama Melaka akan sentiasa bermain di bibir seluruh penduduk dunia.

Kalau kerajaan negeri Melaka tidak ada duit tak ada masalah sebab kerajaan pimpinan Datok Seri boleh pinjam dari kerajaan pusat berapa hendak pun kerajaan pusat akan beri pinjam. Biar lepas ini hutang negeri meningkat berkali ganda baru puashati berhutang. Hutang RM1.1 bilion sekarang ini sedikit sangat jumlahnya.

Hutang tak jadi masalah sebab kerajaan pusat tidak pernah menghantar notis saman kepada kerajaan negeri kecuali negeri-negeri Pakatan Rakyat mungkin kerajaan pusat akan minta berulang kali kalau tidak bayar. Tetapi kena hati-hati sedikit takut-takut kerajaan pusat bertukar tangan, parah kita dibuatnya. Sudah tentu kita dikehendaki membayar hutang kepada kerajaan pusat pimpinan PR.

Saya pun bangga juga jika Melaka mempunyai bangunan tertinggi di dunia walaupun masih ramai orang fakir dan miskin. Orang yang susah ini pun sudah tentu gembira kerana negeri mereka hebat mempunyai bangunan tertinggi di dunia. Tak makan dan minum tak apa asalkan boleh berbangga dengan pembangunan yang dibuat dengan berhutang. Dapat lihat bangunan tertinggi sudah tentu akan mengenyang mereka walaupun beras sebiji pun tidak ada dapur.

Bila agaknya Datuk Seri hendak membuat permohonan berhutang dan hendak memulakan pembinaan bangunan tersebut.?

Biar pape asal bergaye ....

Comments

Anonymous said…
Pak Arab memang suka berlumba! Berlumba kuda dan unta. Kini berlumba untuk membenarkan...
Lagi d www.dperantauan.com
azhar said…
salam,
bagus juga cadangan tu , melaka boleh buat rekod bangunan tertinggi di dunia, paling kurang ali rustam dapat juga name , orang kata ..ooo tu bangunan tertinggi di melaka tu zaman ali rustam le..
yang lain tadak langsung jasa..
Mailkif said…
Tak payah lah buat bangunan tinggi - tinggi.Buat bangunan teknologi hijau je.Melaka negeri teknologi hijau.
Mailkif said…
Tak payah lah buat bangunan tinggi - tinggi.Buat bangunan teknologi hijau je.Melaka negeri teknologi hijau.