RENDAHNYA MARUAH PEMUDA UMNO ~ Ref Malaysiakini

Kalau benarlah apa yang dilaporkan oleh harakahdaily hari ini maka itulah harga seorang pemuda Umni iaitu RM500. Dengan duit sebanyak itu maruah dan harga diri mereka boleh dibeli. Orang yang memberi rasuah dan yang menerimanya sebenarnya adalah orang yang tiada maruah dan tiada harga diri.

Inikah pemimpin masa depan negara. Jika orang inilah yang akan menjadi generasi pewaris kepimpinan negara maka hancurlah negara.

Samada Khairy, Mukhriz atau Khir Toyo atau yang didakwa memberi rasuah mereka sudah sepasti tidak layak menjadi ketua kepada pergerakan pemuda parti pemerintah kerana amalan keji dan jijik ini.

Saya menggesa BPR dan Polis menyiasat dakwaan ini dan mengheret sesiapa juga yang bersalah hatta Khairy atau Mukhriz atau Khir Toyo maupun Zahidi Zainul Abidin. Jangan berdiam diri. Umno jangan menghalang siasatan ini demi masa depan negara.

Negara akan berada diambang kehancuran jika 'malaun-malaun' rasuah ini dibenarkan untuk memimpin negara.

Andai kata semua antara calon ini terlibat saya cadangkan Pemuda Umno bahagian mencari calon-calon lain atau mungkin juga tiada calon yang bersih. Kalau begitu bubarkan sahaja Pemuda Umno dan ramai-ramai masuk PAS.

Harakadaily hari ini melaporkan bahawa beberapa blogger Umno mendakwa sebanyak RM180,000 telah dibelanjakan bagi mendapatkan pencalonan dari Pemuda Umno Bahagian Machang sahaja di mana setiap perwakilan yang hendak dibeli undi mereka didakwa diberikan RM500.

Comments