RAKYAT LEBIH BIMBANG DENGAN PEMERINTAHAN NAJIB BERBANDING DOLLAH ? ~ Ref Malaysiakini

Ada pihak menyifatkan peralihan kuasa dari Dollah Badawi seumpama 'Keluar mulut harimau masuk mulut buaya'. Maknanya kedua-duanya sama sahaja atau pengganti lebih teruk dari yang ada sekarang.

Mengapa mereka berpendapat sedemikian? Sudah tentu ada asasnya.

Dollah yang suatu ketika dulu dikatakan bersih, suci dan 'clean' akhirnya bertukar menjadi kotor, ternoda dan 'dirty' disebabkan kelemahan diri sendiri, mudah dipengaruhi dan dikonkong oleh sekumpulan orang tertentu. Semuanya gara-gara dirinya sendiri.

Kini penggantinya (kemungkinan besar Najib jika BN masih memerintah) dilihat lebih teruk dan jijik. Najib tidak pernah digelar sebagai 'Mr Clean', bersih dan suci berbanding Pak Lah. Gosip yang pernah menyinggah kepada Najib ialah 'kaki be$%#@', kaki P%&%$*&an, Najib Al&^%&*ya dan macam-macam lagi.

Malah ada pihak juga menjangkakan peristiwa yang terjadi kepada Pak Lah yang dikatakan dipengaruhi oleh anasir-anasir tingkat 4 dan sebagainya juga akan menjangkit ataupun sudah pun menjangkiti Najib. Tetapi mungkin ditingkat 4 tetapi di dalam rumahnya sendiri.

Saya mengharapkan segala gosip tersebut tidak benar dan Najib mesti berani menafikannya agar nanti nama dan maruahnya tidak terus tercalar. Mungkin juga Najib boleh menyaman sesiapa juga yang terus cuba mengungkit isu-isu lama ini.

Saya amat tertarik dengan nasihat yang diberikan oleh bekas orang kuat Surat Khabar, Kadir Jasin dalam blognya yang saya 'cut & paste' di bawah ini.

Kepada Mohd Najib, berikut adalah nasihat saya yang tidak beliau minta. Atau boleh jadi juga nasihat yang beliau tidak suka dengar.

Tetapi saya akan bagi juga kerana saya adalah rakyat Malaysia, pengundi dan walaupun dah pencen masih bayar cukai pendapatan.

1. Pengundi memilih (atau tidak memilih) Dato' Seri. Mereka tidak pilih isteri, anak, menantu dan kawan rakan Dato' Seri;

2. Rakyat jelata menuntut hak dan pembelaan daripada Dato' Seri bukan daripada isteri, anak, menantu dan kawan rakan Dato' Seri;

3. Pembayar cukai menampung pembiayaan Dato' Seri selaras dan sejajar dengan kemudahan yang diberikan kepada Dato' Seri oleh Perlembagaan dan atur cara kewangan negara;

4. Tidak payahlah ada "presidential office" ala "4th Floor" (aka budak-budak tingkat 4) atau "spin doctor" yang putar-belitkan maklumat;

5. Seri Perdana pun sudah tersedia indah. Abdullah baru membelanjakan lebih RM12 juta mengubahsuai dan memperbaikinya. Tak perlulah belanja lagi. Ramai lagi rakyat jelata yang tinggal di rumah robek; dan

6. Ambillah iktibar daripada naik dan jatuh pendahulu (predecessor) Dato' Seri ... bagaimana dalam masa kurang lima tahun Abdullah bertukar daripada "Mr Nice" dan "Mr Clean" yang sangat disayangi kepada seorang yang pemergiannya dinanti-nanti.

Saya tidak mengharapkan Mohd Najib ingat segala maklumat dan nasihat yang diberikan kepadanya. Maklumlah dia orang besar. Ramai orang nak beri nasihat.

Tetapi kalau Dato' Seri ingat, saya pernah memberi nasihat yang serupa lama dulu ketika kita berbual satu sama satu di rumah Dato' Seri di Jalan Duta dan dua bulan puasa lalu di kediaman Dato' Seri di Putrajaya. - http://kadirjasin.blogspot.com

Comments