RAFIDAH DAN SHAHRIZAT WAJIB UNDUR DARI PIMPIN WANITA UMNO ~ Ref Malaysiakini

Bagi saya kedua-dua pemimpin utama Pergerakan Wanita Umno sekarang iaitu Rafidah dan Shahrizat sudah tidak layak lagi memimpin pergerakan tersebut. Kedua-duanya telah ditolak oleh kepimpinan Parti dan rakyat.

Kak Fidah telah ditolak oleh Pak Lah sehingga beliau dipencenkan dari jawatan menteri kabinet atas sebab-sebab tertentu yang semua orang sudah faham dan tahu akan perangai dan tidak tanduknya.

Shahrizat atau terkenal dengan jolokan Juhi Chawla lebih teruk lagi apabila dimalukan oleh rakyat Lembah Pantai apabila beliau tewas dengan pukulan TKO dari Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar. Sebelum itu 'Juhi Chawla' begitu sombong apabila memperkecil-kecilkan kemampuan Izzah yang disifatkan budak hingusan yang setarafnya dengan anaknya.

Jadi sepatutnya kedua-dua sedar dan insaf bahawa hayat politik mereka sudah 'expired' dan tidak perlulah memalukan diri untuk bertanding lagi merebut jawatan Ketua Sayap kiri Umno tersebut.

Bagi saya ramai lagi pemimpin-pemimpin wanita yang lebih muda dan berkeupayaan untuk memimpin Wanita Umno agar Wanita Umno lebih matang, demokratik dan transparen tidak seperti sebelum ini yang jelas jumud, besar kepala, ego dan sebagainya.

Lebih teruk lagi di bawah kepimpinan kedua-dua 'kuda tua' ini ternyata Pergerakan Wanita gagal memainkan peranan dengan berkesan sehingga masalah wanita kian meruncing di mana gejala sosial, maksiat, penganiayaan kepada wanita, eksploitasi wanita dan sebagainya semakin meruncing.

Regu Fidah-Shahrizat ternyata hanya menumpukan kepada politik sahaja sehingga meninggalkan perkara-perkara asas iaitu pembelaan kepada nasib wanita di negara ini. Peningkatan kes rogol, pembunuhan wanita dan kanak-kanak perempuan, gejala buang anak, zina semakin hari semakin meningkat. Ini membuktikan bahawa kedua-dua mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan. Tidak hairanlah mengapa kedua-duanya ditendang oleh Pak Lah dan rakyat pada pemilihan anggota kabinet dan pilihanraya umum lalu. Malah Fidah juga hampir tewas di kubu tradisi beliau Parlimen Kuala Kangsar apabila hanya menang dengan majoriti 1,000 lebih sahaja.

Saya mencadangkan kepada wanita Umno bahagian-bahagian supaya mendesak kedua-dua pemimpin 'Expired' wanita Umno supaya berundur dan digantikan dengan orang lain.

Namun dari perkembangan terbaru saya yakin kedua-dua 'kuda tua' ini masih bernafsu untuk memimpin Wanita malah ada kemungkinan Shahrizat akan menentang Fidah untuk jawatan Ketua. Fidah nampaknya sayang benar akan jawatan Ketua Pergerakan Wanita ini sehingga menunggu tahun depan untuk berundur.

Jika kedua-dua mereka terus memimpin Wanita Umno saya yakin Wanita Umno akan terus 'mandom' dan tercicir dari arus politik negara.

Comments