PERWAKILAN UMNO SETARAF KAMBING BOLEH DIJUAL BELI? ~ Ref Malaysiakini

Mungkin kasar bunyinya tapi itulah hakikatnya apabila majoriti perwakilan Umno ke Persidangan Agung, Bahagian dan cawangan boleh dijual beli seperti kambing, ayam dan itik. Nilai mereka mungkin lebih mahal dari binatang tersebut tetapi pokoknya mereka sama sahaja tarafnya iaitu boleh dijual beli.

Harakah terbaru mendedahkan bahawa ada antara para perwakilan mendapat sehingga RM20,000 malah mungkin lebih semata-mata disogok untuk memastikan seseorang pewakilan itu mengundi orang yang menyogoknya.

Seperti pengakuan Menteri Luar, Dr Rais Yatim bahawa lebih baik jawatan dalam Umno ditenderkan sahaja. Sesiapa boleh memberikan 'qoutation' atau sebut harga paling tinggi akan menang 'bidding' tersebut.

Begitu juga pengakuan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen bahawa gejala rasuah di dalam Umno ini sudah menular dan menjadi wabak sejak lebih 20 tahun dahulu, namun akhir-akhirnya ianya telah semakin parah dan membarah.

Oleh itu saya menasihatkan rakyat Malaysia supaya menjauhi parti busuk dan bernanah demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Comments