PARLIMEN : SABAR, TIADA UNDI TAK PERCAYA HARI INI, BILA LAGI? ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Malaysia terus mengharap, bila agaknya kerajaan baru dibentuk? Mereka menunggu seolah-olah mengharapkan buah durian yang tidak gugur.

Hari ini persidangan perbahasan bajet 2009 bermula. Tetapi siang-siang lagi pemimpin PR menyatakan tiada undi tidak percaya hari ini atau hingga tamat perbahasan 11 Disember.

Habis tu bila lagi? tanya sahabat saya separuh marah!!

"Kalau macam ini lama-lama rakyat akan termakan dengan serangan BN bahawa Anwar omong kosong dan mengarut" katanya.

"Kita tunggulah selagi PAS masih berada dalam PR, dan pemimpin tertinggi tak bungkus, kita kena tunggu" jawab seorang kawan dari Segamat yang menelefon saya.

Bagi saya senang sahaja, kalau jadi tukar kerajaan itu Bonus kalau tidak jadi kita tunggu Pilihanraya Umum ke 13. Tetapi ramai penyokong kita yang sudah mula tawar hati untuk membincangkan isu ini, tetapi tidaklah sampai marahkan pimpinan. Mereka memang faham dan matang dalam isu ini.

"Tukar kerajaan bukan macam tukar baju dalam" kata kawan saya seorang lagi.

"Kita kena buat hati-hati dan mengikut lunas yang betul dan biar ia berlaku dengan aman dan baik" sampuk seorang peniaga satay di Ayer Keroh yang saya jumpa di majlis jamuan hari raya di Taman Panglima, Peringgit.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membawa usul undi tidak percaya.

Sebaliknya Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya akan memfokus terhadap Bajet 2009 terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di lobi bangunan Parlimen tengah hari ini.

Petang ini Anwar akan menyambung perbahasan ke atas Ucapan Bajet 2009.

Sumber : Mstar

Comments