MUFTI MELAWAN ARUS KESESATAN UMNO TIDAK KEKAL LAMA ~ Ref Malaysiakini

Mufti yang melawan arus kesesatan Umno tidak akan kekal lama. Hakikat ini memang diketahui semua pihak. Hanya mufti yang mengHALALkan semua yang dilakukan oleh kerajaan BN/Umno sahaja yang boleh kekal lama.

Biar berlawanan dengan hukum Islam sekalipun, asal jangan bertentangan dengan Islam Hadhari atau prinsip Umno/BN, itu prinsip Umno.

Umno menghalalkan judi, arak, riba, ISA,zalimi rakyat,letak bunga di tugu dan sebagainya. Jika ini disanggah oleh Mufti maka sudah pasti mufti itu tidak kekal lama.

Inilah yang pernah dialami oleh Mantan Mufti Selangor, Allahyarham Ustaz Ishak Baharom yang dipecat oleh kerajaan negeri Selangor kerana tidak sehaluan dengna kehendak Umno/BN. Allahyarham juga pernah mengeluarkan fatwa bahawa ASN adalah haram.

Kini seorang lagi mufti bakal berhadapan dengan situasi yang sama. Mungkin beliau tidak dipecat tetapi beliau sendiri yang tidak mahu meneruskan khidmatnya lantaran semua pandangan dan 'fatwa' beliau tidak diendahkan.

Media melaporkan bahawa ada "kemungkinan besar" Oktober menjadi bulan terakhir bagi tokoh agama terkenal Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkhidmat sebagai mufti Perlis.

Dr Mohd Asri berkata, beliau mungkin akan bersara lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya - Oktober tahun depan - kerana tamat kontrak.

"Ini mungkin bulan terakhir bagi saya (sebagai mufti Perlis)," katanya dalam kepada Malaysiakini hari ini.

Dr Mohd Asri diminta mengulas desas-desus beliau akan meletakkan jawatan lebih awal sejak berkhidmat sebagai mufti mulai 2006.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana keadaannya yang "tertekan."

Diminta mengulas lanjut tekanan itu sama ada tekanan politik, beliau enggan menyatakannya.

"Nanti saya akan cerita lain," katanya.

Bagaimanapun laporan-laporan di internet menyebutkan beliau tertekan akibat politik susulan sikapnya yang lantang dalam beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

Selain itu, beliau pernah hadir dalam forum yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Kelantan selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Dr Mohd Asri enggan mendedahkan tindakannya selepas bersara sama ada kembali bertugas sebagai pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).

Comments