MENGAPA SHAHRIZAT MEMBISU, PENCALONAN CECAH 56 ~ Ref Malaysiakini

Hasrat akar umbi wanita Umno untuk melihat perubahan dalam kepimpinan sebenarnya membuak-buak. Tetapi masing-masing tidak berani bersuara termasuklah calon jawatan Ketua Pergerakan Wanita, Shahrizat Abdul Jalil.

Jumlah pencalonan yang mencecah 56 membuktikan bahawa akar umbi Wanita sudah mula meluat dan menyampah dengan Wanita Besi yang sudah karat iaitu Rafidah Aziz. Namun kuda tua ini masih perasan bahawa beliau masih hebat sehingga masih mahu meneruskan hajatnya untuk berkuasa hingga peralihan kuasa tahun depan.

Shahrizat nampaknya masih mencari jalan selamat dan membisu seribu bahasa. Tiada kenyataan akhbar yang beliau buat tetapi pada masa yang sama membiarkan Wanita Bahagian mencalonkannya untuk jawatan No 1 wanita tersebut. Apa maknanya beliau tidak melarang dirinya terus dicalonkan? Bagi saya ini adalah isyarat kepada Rafidah supaya berundur secara terhormat.

Apa lagi yang Rafidah tunggu. Beliau sudah begitu lama menganggotai kabinet, sudah lama menjadi Ketua Wanita mengambilalihkan dari Tan Sri Aisyah Ghani. Cuma sekali sahaja beliau pencen iaitu pada era 90-an dulu selepas di'rehat'kan oleh Dato' Dr Zaharah Sulaiman selama sepenggal. Apakah masih ada agenda tersembunyi yang membuat Kak Fidah sayang bebenor kepada jawatan tersebut.

Sebagai seorang pemimpin yang cukup berpengalaman malah sudah ganyut beliau seharusnya faham dan arif tentang isyarat yang dilakukan oleh anak buahnya di peringkat Bahagian. Walaupun beliau telah mendapat lebih dari 90 pencalonan, namun jumlah 56 pencalonan setakat ini yang diterima oleh Shahrizat melambangkan hasrat wanita untuk mengangkat Ketua baru bagi mendapat nafas baru bagi pergerakan itu yang dilihat statik sejak 20 tahun lalu.

Kepada Wanita Umno saya mencadangkan anda dapat benar-benar memilih Ketua yang matang, tidak terlibat dengan kontroversi, bijaksana yang lebih penting memenuhi tuntutan agama iaitu MENUTUP AURAT kerana ketua menjadi tauladan kepada anak buah yang dipimpinnya.

Comments