KHAIRY BAKAL DIMALUKAN, EMAS -MUKHRIZ, PERAK-KHIR TOYO, GANGSA - KHAIRY ~ Ref Malaysiakini

Khairy Jamaluddin (KJ) bakal dimalukan. Itulah ramalan para pemerhati politik tentang keputusan yang bakal dibuat oleh perwakilan Pemuda Umno pada pemilihan sayap Umno tersebut Mac 2009. Kalau hendak diibaratkan kepada pertandingan Sukan Olimpik atau Sukan Asia Khairy bakal mendapat pingat gangsa kerana berada ditempat terbawah iaiatu ketiga.

Bayang-bayang bahawa Khairy akan kecundang dengan memalukan dapat kita lihat kerana Khir Toyo (KY) sudah mula merapati Khairy dari dari segi pencalonan. KY kini hanya kurang 3 pencalonan berbanding KJ. KY kini memperolehi 47 pencalonan dan KY 43 ditinggalkan jauh oleh Mukhriz Mahathir (MM) dengan 66 pencalonan.

Sudah terbukti bahawa taring KJ hanya 'tajam' dengan bantuan Pak Mertuanya. Tanpa Pak Mertuanya beliau di'boo' dan dicemuh oleh ahli-ahli Umno. Kini beliau sudah tinggal gigi dan lidah sahaja. Tingkat 4 yang didiaminya dahulu sudah mula dilupakan oleh ahli-ahli Umno dan penyangak-penyangak projek.

Beliau sudah tidak ada apa lagi untuk diumpan. Cuma yang tinggal ialah senjata duitnya yang menggunung dan banyak untuk dijadikan denak bagi memancing undi pada pemilihan nanti.

Memang denak yang beliau ada itu denak yang terbukti berkesan sehingga memenangkan Isa Samad dikedudukan tertinggi sebagai Naib Presiden pada pemilihan sebelum ini. Muhyiddin yang paling kanan dan berkarisma pada waktu itu ditewaskan oleh denak duit Isa Samad sehingga Muhyiddin nyaris-nyaris maut dalam pemilihan tersebut.

Kini denak itu sekali lagi terbukti terus berbisa sehingga merimaskan Rais Yatim dan Tengku Ahmad Rithaudeen. Ada yang membongkar pekung di dada Umno dengan menyatakan bahawa setiap perwakilan bisa mendapat RM20,000 seorang pada pemilihan kali ini.

Tidak syak lagi KJ akan menggunakan denak yang paling berpengaruh ini untuk menumbangkan Mukhriz Mahathir (MM) dan Khir Toyo (KY). Siapa paling banyak denak (duit) dia akan menang. Siapa yang paling banyak duit akan berupaya meletakkan sebutharga (bidding) tertinggi seperti yang dinyatakan oleh Rais Yatim. Mampukah kekayaan Empayar Mahathir-Mukhriz mengalahkan Empayar Dollah-Khairy-Kamaluddin dan mengenepikan juga jutawan Jawa dari Selangor 'Tycoon' Khir Toyo.

Yang pasti perwakilan Umno akan tidur atas duit kali ini terutama kepada individu yang pandai bermuka-muka, jumpa Mukhriz berjanji sokong Mukhriz dapat habuan, jumpa KJ janji sokong KJ dapat habuan dan jumpa Khir Toyo (KY) janji sokong Putera Jawa tersebut dan bahuan juga. Aku kenyang, aku kenyang. Mereka tidak sedar bahawa taraf mereka hanyalah sama seperti Kambing dan ayam itik yang boleh dijual beli di pasar.

Comments

Suatu ulasan yang menarik.. Nampaknya pemilihan Ketua Pemuda thaun ini sudah menjadi semakin semakin sengit..

Siapa bakal menang? Mukhriz dan Tun Mahathir nampaknya sudah mula menyelar politik wang didalam UMNO.

Seperti mana semua sistem yang korup (contoh termutakhir ialah sistem ekonomi US), jika ianya tidak dibetulkan segera, ianya akan collapse... UMNO bakal menghadapi nasib yg serupa jika pemimpin-pemimpin mereka terus menyangka bahawa wang adalah segala-galanya...