GUGURKAN TUDUHAN KEPADA RPK, BELIAU TELAHPUN DIHUKUM DI BAWAH ISA ~ Ref Malaysiakini

Tahanan akta zalim ISA, Raja Petra Kamaruddin (RPK) didakwa lagi. Sesudah dihukum tanpa bicara kini beliau didakwa pula di bawah akta hasutan. Hebat betul ujian yang dihadapi oleh RPK.

Saya cadangkan pihak menggugurkan sahaja dakwaan kepada RPK kerana beliau juga sudah dihukum penjara. Tidak perlulah dihabiskan masa hakim, peguam, pendakwa dan pihak yang terbabi tuntuk menjalankan perbicaraan beliau. Mungkin tenaga hakim dan pihak terbabit boleh digunakan untuk mengendalikan kes mahkamah lain yang begitu banyak tertangguh.

Media melaporkan hari ini bahawa RPK dibawa ke Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya kira-kira pukul 8.25 pagi tadi bagi perbicaraan kes hasutannya.

Prosiding mahkamah dijadual bermula pada pukul 9 pagi.

Pengarang blog Malaysia Today itu dituduh pada 6 Mei lalu kerana menulis artikel mengenai pembunuhan seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau minta dibicarakan kerana menerbitkan artikel yang didakwa menghasut.

Beliau juga menjadi penulis blog pertama yang dituduh di bawah Akta Hasutan.

Artikel yang bertajuk Let’s send the Altantuya murderers to hell dikatakan mengandungi sembilan perenggan kata-kata menghasut.

Petra dituduh melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada 25 April lalu.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh didenda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali di bawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.

Comments