ESOK ATAU LUSA, HARI YANG PALING DITUNGGU OLEH 'PENGGILA' JAWATAN ~ Ref Malaysiakini

Para 'Penggila' jawatan dalam Umno berdebar-debar menanti keputusan Presiden mereka, Dollah Badawi membuat pengumuman samada ingin mempertahankan jawatan atau tidak. Esok atau lusa menjadi tarikh 'keramat' bagi mereka.

Pengumuman Dollah akan menentukan jawatan apa yang akan ditandingi oleh mereka.

Bagi para pembodek seperti Ali Rustam dan Zahid Hamidi jika Dollah tidak jadi berhenti mereka sudah pasti akan bertanding jawatan Naib Presiden tetapi jika Dollah jadi berhenti merekan mencuba nasib untuk jawatan Timbalan Presiden.

Begitu juga besar kemungkinan Mat Taib juga akan mengikuti jejak langkah Zahid dan Ali.

Tetapi tidak bagi Muhyiddin. Beliau dilihat lebih berani berbanding ketiga-tiga pembodek di atas. Kemungkinan untuk beliau bertanding jawatan Presiden tetap ada samada Dollah berhenti atau tidak. Jika Dollah berhenti kemungkinan beliau menentang Najib dan jika Dollah tidak berhenti, beliau akan menentang Dollah. Satu lagi kemungkinan ialah beliau akan bertanding menentang siapa juga untuk jawatan Timbalan Presiden maupun mempertahankan jawatan Naib Presidennya. Muhyiddin kelihatan lebih licik strategi politiknya sebab itu beliau menunggu sehingga Dollah membuat keputusan.

Saya yakin Dollah sudah pun mmebuat keputusannya cuma beliau menunggu esok atau lusa untuk membuat pengumuman. Ramalan saya, Dollah tidak akan berhenti dan akan mempertahankan jawatannya. Malah kemungkinan besar beliau akan menghapuskan sistem kouta untuk membolehkan beliau bertanding dengan Najib dan Ku Li andaikata Najib berani mencabarnya.

Dollah sudah pasti yakin akar umbi masih menyokongnya kerana semua orang tahu siapa Najib yang sebenarnya. Rekod Najib dari segi pentadbiran, pengalaman, peribadi dan sebagainya semua ada dalam tangan Dollah dan pencacai-pencacainya. Najib sudah pasti akan berhadapan dengan situasi yang sukar untuk menumbangkan Dollah.

Bagi Ku Li pula walaupun mungkin beliau sudah 'expired' tetapi jika benar sistem kouta akan dihapuskan inilah masa yang amat ditunggu-tunggu oleh Ku Li sejak dua puluh tahun dahulu. Seperti dakwaannya beliau merupakan calon terbersih diantara semua calon yang bertanding.

Dollah dan Najib tidak boleh memandang enteng akan Ku Li kerana dilaporkan Ku Li akan mendapat sokongan Dr Mahathir dan tentunya anak Mahathir Mukhriz. Jika ramalan ini menjadi kenyataan ini merupakan suatu sejarah pemilihan Umno paling sengit sejak pertandingan Mahathir-Ku Li tahun 1987.

Comments