BN TARIK BALIK PETISYEN : TAKUT LAWAN PR DI KULIM-BANDAR BAHARU? ~ Ref Malaysiakini

Mengapa tiba-tiba sahaja BN menarik balik petisyen terhadap keputusan Pilihanraya Parlimen Kulim-Bandar Baharu di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini?

Kemungkinan besar BN takut untuk berhadapan dengan PR andaikata ditakdirkan Petisyen ini diterima oleh Mahkamah dan Pilihanraya Kecil perlu diadakan. Memang tidak dapat dinafikan BN mempunyai peluang cerah untuk menang petisyen ini. Itulah agaknya sebab BN bersusah payah menarik balik kes ini.

Jelas BN benar-benar rimas dengan kemenangan PR di Permatang Pauh dan mereka juga tahu bahawa risikan pihak tertentu menunjukkan PR akan menang besar jika Pilihanraya Kecil diadakan di sana.

Jika pilihanraya kecil ini diteruskan dan BN tewas sudah tentu imej Najib sebagai bakal Perdana Menteri akan terus tercalar dan mencacatkan usaha BN untuk mengabui mata rakyat dengan membuat dakwaan bahawa Najib disukai oleh seluruh rakyat.

Tidak syak lagi sebenarnya BN benar-benar terdesak sekarang dengan keputusan menarik balik petisyen ini membuktikan BN tidak yakin menang di Kulim-Bandar Baharu. Kejayaan PR memerintah di Kedah, Perak, Selangor, Penang dan Kelantan cukup mengembirakan rakyat dan sudah pasti mereka tidak rela untuk mengundi BN di Kulim Bandar Baharu. Sementelah lagi Kulim-Bandar Baharu hanya bersempadan dengan Permatang Pauh sudah tentu tempias Permatang Pauh akan menambahkan lagi kesengsaraan BN andai mereka mahu memperjudikan nasih di sana.

Jadi mahu tidak mahu calon BN yang tewas pada 8 Mac lalu, Aziz Sheikh Fadzir terpaksa berputih mata untuk kembali ke Parlimen.

Dalam petisyennya Aziz mendakwa bahawa calon PKR, Zulkifli Nordin gagal menyerahkan penyata perbelanjaan pada pilihanraya umum 2004 dan pegawai pengurus pilihanraya parlimen Kulim-Bandar Baharu gagal bertindak untuk membatalkan pencalonan Zulkifli di Kulim-Bandar Baharu pada hari penamaan calon.

Zulkifli memenangi kerusi tersebut dengan memperolehi 51, 995 undi menewaskan Aziz dengan majoriti 5,583.

Dalam pilihanraya umum 2004, Zulkifli tewas di tangan Shafei Salleh di kerusi parlimen Kuala Langat.

Comments