BERTANDING UNTUK PERUBAHAN, BILA MENANG 'HABOK PUN TARAK' ~ Ref Malaysiakini

Ketua UMNO Bahagian Pulai, Nur Jazlan Mohamed (gambar), 42, semalam mengumumkan keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada Persidangan Agung Umno Mac 2009.Ini menjadikan beliau merupakan orang ketiga menawarkan diri bagi jawatan tersebut selepas Zahid Hamidi dan Ali Rustam.

Adalah dijangkakan selepas ini beberapa orang lagi 'pencinta' pangkat dan tamakkan kuasa dalam Umno akan turut mengumumkan untuk bertanding jawatan no 2 dalam Umno. Antara yang disebut-sebut akan berbuat demikian ialah Mat Taib, Muhyiddin Yassin, Rais Yatim dan Rahim Thamby Chik.

Jazlan yang merupakan anak Tok Mat, Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno merupakan seorang pemimpin muda yang jelas mempunyai cita-cita besar.

Seperti janji-janji pemimpin Umno lain (yang belum tentu ditepati), beliau menawarkan diri untuk membawa perubahan di dalam parti.

Itulah skrip biasa yang akan dihamburkan oleh setiap ahli Umno yang ingin bertanding sesuatu jawatan iaitu membawa perubahan. Malangnya bila dipilih, entah apa perubahan yang dibawa kita pun tidak tahu kerana semua pemimpin Umno hanyalah 'Yes Man' kepada pucuk pimpinan takut untuk menyanggah apa yang dikata oleh pemimpin No. 1 dan 2.

Lihatlah apa perubahan yang dibuat oleh Dollah dan Najib berbanding kepimpinan Mahathir-Dollah dulu. Apa yang kita lihat pemerintahan mereka lebih teruk dan lemah sehingga negara menjadi kucar-kacir dari segi ekonomi, sosial dan politik.


Sementara itu Menteri Besar Perlis yang dipencenkan oleh Sultannya sendiri, Shahidan Kassim juga menyertai kumpulan yang tergila-gila kepada jawatan apabila mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

Shahidan memberikan alasan bahawa keputusan untuk bertanding sebagai Naib Presiden adalah untuk berkhidmat kepada parti. Persoalannya apakah selama ini Shahidan tidak berkhidmat kepada parti sehingga dirinya 'dibuang' oleh Sultan.

Beliau berkata demikian semalam ketika ditemubual oleh Stesyen TV3 Suku.

Comments