BAJET APA INI? ~ Ref Malaysiakini

Belanjawan atau Bajet 2009 yang dibentang oleh Pak Lah pada 29 Ogos lalu dinamakan dengan pelbagai nama timangan oleh Ketua Pembangkang dan rakan-rakannya. Antara nama timangan yang popular ialah :-

1) Bajet Jumud
2) Bajet Ketinggalan Zaman
3) Bajet Out dated
4) Bajet Expired
5) Bajet .....

Pendekata Bajet tersebut memang sudah tidak relevan dan tidak sesuai lagi dengan situasi kegawatan ekonomi sekarang ...

Malangnya kerajaan BN yang tidak makan nasihat ini tetap berdegil tidak mahu membentangkan bajet baru disebabkan sifat bongkak, degil dan tidak mahu mengaku diri sendiri kurang cerdik .....agaknya inilah yang dikatakan Bodoh tidak boleh diajar, Cerdik tidak boleh diikut ........bahaya kalau pemimpin kerajaan bersifat dengan sifat seperti ini ...

Walaubagaimana pun masa masih ada, kerajaan boleh bila-bila masa sahaja membentangkan bajet 2009 yang baru...tidak perlu malu, yang penting kepentingan negara dan rakyat mesti diutamakan ....

Sementara itu Ketua pembangkang menggesa menteri kewangan Najib Razak membentangkan Bajet 2009 yang baru memandangkan krisis kewangan dunia yang kian serius kini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli-ahli Dewan Rakyat tidak boleh membahaskan "belanjawan yang ketinggalan zaman" seperti dibentangkan lebih sebulan lepas.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian ketika berucap membahaskan Bajet 2009 di Parlimen hari ini. Beliau akan meneruskan ucapannya esok.

Comments