AWAS ! JANGAN IADI SAMSENG ~ Ref Malaysiakini

Pemuda PAS Pahang mengingatkan pemimpin Umno supaya jangan mengamalkan budaya ‘gengsterisme’ dalam menangani pelbagai isu peribadi.

Pemangku Ketuanya, Suhaimi Md Saad berkata, beliau bimbang perkembangan pemimpin Umno Pahang yang tersepit dengan pelbagai akan mengambil pendekatan membelakangi undang-undang sebagai jalan mudah untuk menyelesaikan kesnya.

Beliau mengulas yang didedahkan blog Pahangdaily kelmarin tentang kecurian wang dirumah menteri besar Pahang, Adnan Yaakub baru-baru ini.

Katanya, Adnan dikatakan enggan membuat laporan polis kes kecurian dirumahnya kepada pihak polis.

Suhaimi berkata, Adnan mesti melaporkan kes tersebut kepada polis supaya membolehkan pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh.

“jika rakyat biasa diminta melaporkan semua kegiatan jenayah dikawasan mereka kenapa seorang menteri besar enggan melaporkan kepada polis.

“Apa beliau tidak mempercaya krebiliti polis dalam menjalankan siasatan atau Adnan mempunyai cara lain untuk menangai kesnya,” soal Suhaimi.

Secara peribadi, kata Suhaimi beliau sangat bimbang dengan tindakan Adnan itu kerana ia menjadi contoh kepada rakyat untuk tidak bekerjasama dengan polis untuk menyelesaikan kes jenayah.

Suhaimi berkata, sebelum ini Adnan juga enggan patuh kepada arahan mahkamah tinggi Kuantan yang mengarahkan kerajaan Pahang membayar RM60 juta kepada sebuah syarikat pembalakan.

“Mengapa jadi begitu, jika rakyat disaman RM300 kerana kesalahan jalan raya diarah menjelaskan bayaran itu dan akan dipenjara jika gagal menjelaskanya , apa pula tindakan yang akan dikenakan kepada kerajaan Pahang yang degil ini,” soal beliau.

Tambahnya begitu juga rakyat yang disaman kerajaan negeri kerana meneroka tanah, mereka dihukum denda atau memusnahkan harta benda, apabila kerajaan melakukan kesalahan apa pula tindakanya.

“rakyat mahukan keadilan,” katanya.

Blog : http://darigaunghati.blogspot.com

Comments