APA MOTIF BERITA INI DILETAKKAN DIMUKA HADAPAN ~ Ref Malaysiakini

Saya cukup kenal dan arif tentang peranan dan fungsi Utusan Meloya dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan pejuang Islam dan perjuangan Islam. Pelbagai cara dan kaedah mereka gunakan untuk menakutkan rakyat tentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Mereka cuba menanamkan di dalam pemikiran rakyat tidak kira orang Islam dan Bukan Islam bahawa PAS ganas, kejam dan zalim sama seperti yang mereka gambarkan bahawa Taliban ganas dan tidak berperikemanusiaan.

Utusan Meloya hari ini sekali lagi cuba memutarbelitkan isu Taliban ini apabila menyiarkan gambar seorang awam di Afghanistan yang dicungkil matanya oleh kononnya askar Taliban kerana dituduh sebagai perisik dan 'siput babi' (SB) Kerajaan. Sedangkan kita tidak pasti siapa sebenarnya yang melakukan perkara tersebut, kerana sumber berita itu sendiri datangnya dari AFP iaitu suatu pertubuhan berita yang juga tidak suka kepada Islam.

Adakah Utusan Meloya benar-benar yakin perbuatan itu dilakukan oleh Taliban sedangkan di sana pelbagai taktik digunakan oleh Amerika dan sekutunya untuk memburukkan Taliban dan pejuang Islam.

Saya mengharapkan rakyat Malaysia tidak termakan dengan hasutan, tohmah dan fitnah Utusan Meloya ini yang tidak pernah duduk diam sesaat pun. Mereka asyik menunggu peluang untuk memburukkan PAS sedangkan apa yang mereka burukkan ialah bukan PAS semata-mata tetapi Islam itu sendiri.

Siapa yang ingin bertanggungjawab jika pemikiran yang cuba diterapkan oleh Utusan Meloya terpahat dipemikiran rakyat Malaysia bahawa Islam itu zalim, ganas dan tidak berperikemanusiaan. Adakah Ketua Pengarang, Editor dan seluruh warga kerja Utusan Meloya dapat membersihkan pemikiran mereka yang mungkin terpesong ini kemudian hari.

Saya ingin memberikan beberapa persoalan kepada warga Utusan Meloya untuk mereka renungi dan kembali ke pangkal jalan.

1) Adakah mereka tidak berasa bersalah dengan terpesongnya pemikiran rakyat ini?
2) Adakah mereka tidal berasa bersalah dengan salah tanggapan rakyat Malaysia kepada Islam dengan tersiarnya berita seumpama ini?
3) Apakah mereka yakin mereka dapat membersihkan semula pemikiran rakyat yang terpesong ini?
4) Bila agaknya mereka dapat membersihkan pemikiran rakyat yang terpesong ini?

Jika Utusan tidak dapat menjawab dan tidak yakin dengan jawapan yang diberikan sila hentikan perbuatan terkutuk ini dan mari sama-sama kita bertaubat, jangan kita bersengkongkol dengan Umno/BN dan musuh-musuh sejagat yang sedang cuba melaga-lagakan Islam dengan orang Bukan Islam.

Keterangan gambar disiarkan Utusan Meloya hari ini : Lelaki yang didakwa dicungkil matanya oleh STaliban, Sayed Ghulam menceritakan kepada media bagaimana kedua-dua biji matanya dicungkil oleh penyerang bersenjata di selatan Afghanistan, semalam.

Comments

non-conformis said…
Saudara,
- bagaimana pula saudara yakin ini bukan perbuatan Taliban?
- pernahkah saudara menanya mangsa yang diseksa ini?
- Kenapa saudara (dan secara umumnya warga muslim) menyamakan Taliban dengan Islam? dan secra terus membela perbuatan mereka walaupun ternyata tidak mematuhi apa yang diajar oleh Nabi SAW?
- Apa kaitan mangsa Taliban di Afgan dengan PAS?
- Ternyata perbuatan demikian (terhadap mangsa) melanggar ajaran Islam, kenapa disamakan dengan PAS di Malaysia, yang tidak pernah melakukan kesalahan seperti ini?

salam
wun said…
Dia hanya memberi probability seperti encik non-conformis juga memberi probability...mungkin memang taliban yang lakukan dan mungkin tidak...Senang kata, jangan terlalu mudah percaya pada laporan..

Memang betul PAS tiada kena mengena dengan Taliban, tapi apa yang cuba disampaikan oleh MMUTA LIGAT adalah persepsi...bukannya memang kaitan secara terus...taliban adalah berkaitan dengan Islam kerana taliban pada 'asasnya' memperjuangkan Islam, dan itulah yang dilihat oleh orang lain serata dunia...itu bukan pandangan MMUTA,itu pandangan masyarakat global...
non-conformis said…
pendapat saya adalah-
- kenapa samakan Islam dengan Taliban? semata-mata mereka itu mengatakan mereka perjuang Islam?
- Ramai yg menyokong Taliban (mungkin) kerana sebab ini?
- Cuba tanya rakyat Afgan yg pernah hidup di bawah pemerintahan Taliban. Adakah mereka mahu Taliban kembali? adakah pendapat mereka terhadap Taliban?
- Janganlah kita yg tidak pernah ke Afgan membuat spekulasi tanpa pengalaman sebenar.
- Akbar secara amnya berhak menyiarkan berita2, dengan syarat berita yg benar berdasarkan fakta.