ALI RUSTAM & MAT TAIB SENYUM SAMPAI KE TELINGA ~ Ref Malaysiakini

Hari ini adalah antara hari yang paling bahagia kepada 2 orang calon Timbalan Presiden Umno iaitu Mat Taib dan Ali Rustam kerana setelah menunggu 3 hari akhirnya mereka dicalonkan untuk jawatan nombor 2 tersebut.

Senyum mereka berdua hari ini sampai ke telinga. 'Anyway' tahniah kepada mereka berdua.

Entah apa kempen yang mereka jalankan saya pun tidak tahu. Hanya mereka berdua dan tukang-tukang kempen (Campaign Manager) mereka sahaja yang tahu.

Dalam keadaan Muhyiddin berada dalam imej dan situasi yang baik sekarang memang agak sukar kepada kedua-dua pemimpin Umno yang mempunyai hobi yang sama ini (teka apa dia?...he he saya tidak mahu bagi tau) untuk mendapat pencalonan.

Tetapi saya tidak hairan kerana inilah 'standard' orang Umno. Karisma, kehebatan, ilmu, skill, akhlaq, perangai dan lain-lain sifat positif tidak penting bagi mereka, yang penting apa agaknya...tau sama tau sahaja lah.

Sebab itu ada antara calon yang pernah dibuktikan terlibat dengan rasuah, terlibat dengan skandal perempuan dan sebagainya masih dicalonkan untuk jawatan tertentu. Bagi mereka itu urusan individu tersebut, urusan peribadi....mereka tidak tahu dan sedar bahawa pemimpin mesti bersih dan beretika serta berlakhlaq.

Kalau macam ini stail pemilihan Umno maka tidak hairan negara kita sekarang semakin teruk dari segi ekonomi, rasuah, gejala sosial, jenayah dan sebagainya.

Berubahlah wahai orang Umno sebelum negara menjadi bertambah parah.

Comments