10 AGENDA EKONOMI MELAKA : JANGAN PINJAM PUSAT, TUTUP TEMPAT MAKSIAT, HAPUSKAN DISKRIMINASI ~ Ref Malaysiakini

Saya ingin memberikan 'respon' terhadap 10 agenda yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Melaka semalam.

1) Mendapatkan peruntukan persekutuan yang lebih besar. Komen saya - Kerajaan Melaka sepatutnya berusaha dengan lebih gigih mencari dana sendiri dengan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan persekutuan kerana dengan membuat pinjaman demi pinjaman dari pusat menggambarkan bahawa kerajaan negeri gagal mencari dana sendiri dan juga gagal mentadbir ekonomi sendiri. Kerajaan negeri juga tidak dapat berdikari dan sentiasa mengharapkan dana dari pusat. Sehingga ini pun hutang kerajaan negeri Melaka kepada pusat sudah mencecah RM1.1 bilion seperti didalam laporan ketua audit negara 2007

2) Mengurangkan gejala sosial. Komen saya - Dalam usaha mengurangkan gejala sosial kerajaan negeri mestilah menutup semua hotel-hotel murah disekitar bandar Melaka yang menjalankan kegiatan pelacuran. Sehingga kini kerajaan negeri jelas gagal mengambil tindakan terhadap tempat-tempat maksiat tersebut.

Kelab-kelab malam, dangdut, karaoke, pub dan sebagainya mestilah ditutup. Kedai-kedai arak hendak dihadkan, pusat-pusat perjudian mesti ditutup dan ditamatkan lesen premisnya. Program-program seperti konsert dan program pergaulan bebas mesti dihentikan dan dipantau supaya gejala-gejal negatif tidak berlaku. Semua ini menjadi punca kepada gejala sosial yang semakin parah dinegeri ini.

Bilangan anak luar nikah yang semakin meningkat amat membimbangkan. Pada tahun 2007 terdapat 261 kes mengandung anak luar nikah membabitkan remaja perempuan berlaku di negeri ini dan ia meningkat sebanyak 37 kes berbanding tempoh sama tahun 2006 iaitu sebanyak 223 kes. Ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan.

Kerajaan negeri Melaka mesti mengambil contoh Kelantan yang berjaya mengatasi masalah pelacuran, pusat hiburan, kedai arak dan pusat judi serta lain-lain punca maksiat.

3) Mengukuhkan perpaduan rakyat - kerajaan negeri mesti menghentikan segala diskriminasi terhadap penyokong pembangkang dalam apa juga program dan bantuan kerajaan. Penyokong pembangkang dinafikan hak untuk mendapat bantuan biasiswa, peruntukan bantuan kemasyarakatan dan sebagainya. Selain itu penyokong kerajaan dinafikan hak untuk menjadi Imam, anggota JKKK, Rela, AJK Masjid dan surau dan sebagainya.

Para kontraktor yang dilihat cenderung kepada pembangkang juga dianaktirikan. Ustaz-ustaz yang cenderung kepada pembangkang dinafikan hak untuk mengajar di masjid dan surau. Pendek sesiapa sahaja yang dilihat cenderung atau menyokong pembangkang sudah tentu ketepikan walaupun mereka layak dan berkebolehan.

Syarikat-syarikat yang dipunyai oleh penyokong pembangkang dinafikan untuk mendapat projek-projek kerajaan negeri.

Jika semua ini dapat diatasi saya yakin perpaduan rakyat akan lebih baik.

4) Keharmonian kaum - Umno sering menggunakan isu perkauman untuk menarik sokongan orang melayu, MCA dan MIC menggunakan isu perkauman untuk menarik sokongan kaum cina dan India. Perkara ini mesti dihentikan serta merta untuk melahirkan keharmonian kaum yang lebih baik.

Comments