ZAID IBRAHIM TERJUN DULU SEBELUM KAPAL BN KARAM ~ Ref Malaysiakini

Pada sidang media sebentar tadi Zaid Ibrahim menyatakan bahawa beliau tetap meletakkan jawatannya. Ini bermakna tawaran Pak Lah supaya Zaid bercuti 2 minggu dan berfikir supaya menarik balik perletakkan jawatannya ditolak mentah-mentah oleh Zaid.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Senator Zaid Ibrahim diatas ketegasannya meletakkan jawatan walaupun dipujuk oleh 'Chief' Islam Hadhari semalam. Jelas ketegasan beliau ini harus di'salute' oleh kawan dan lawan kerana jarang sekali anggota Umno yang sanggup melakukan tindakan seperti Zaid ini. Semuanya hanya mahu menjaga periuk nasi walaupun prinsip digadai.

Saya juga mengucap syabas kepada Zaid kerana memilih untuk terjun menyelamatkan diri dari kapal BN yang sedang bocor menanti untuk tenggelam. Insya Allah sudah tentu ada kapal penyelamat yang akan menyelamatkan Zaid, itupun kalau Zaid sudi untuk naik ke kapal-kapal yang utuh dan kukuh yang nakhodanya adalah Anwar Ibrahim atau Tuan Guru Haji Hadi. Terpulang kepada Zaid.

Sesungguhnya tindakan Zaid merupakan satu tauladan yang baik buat ahli dan pimpinan Umno yang suka membodek dan diperkudakan oleh pihak atasan sehingga semua yang dilakukan oleh pihak atasan betul belaka. Zaid telah mengajar mereka supaya jangan jadi Pak Turut atau Yes Man.

Beliau menyerahkan surat peletakkan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam.

Zaid telah melahirkan rasa tidak senangnya dengan langkah kerajaan menahan exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP, Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.

Dalam pertemuannya dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, perdana menteri telah menasihatkan Zaid supaya bercuti dan memikirkan kembali keputusannya itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar pagi ini, Zaid berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk meninggakan Umno atau menyertai PKR.

Selepas beliau menghantar surat peletakan jawatan semalam, khabar angin tersebar luas bahawa Zaid mungkin menyertai PKR.

Comments

Tak kisah apa yg dikatakan oleh sesiapa pun kerana ia tak akan berubah persepsi rakyat buat sekarang dan pada masa yg akan datang.

Rakyat terlalu pilu atas etika flip-flop UMNO/BN.

Disini apa yg diluahkan dlm blog ini dan di lain-lain pulak tidak akan berubah persepsi rakyat agar rakyat sudah melihat terang terus UMNO/BN bukan penjaga kepentingan rakyat Malaysia. Cuma menjaga diri sendiri kerana tiada ahli politik akan dgn setelus hati akan berbuat demikian; semuanya hanya menjaga kepentingan diri sendiri. Itu kita semua sedia maklum; cuma ahli politik Malaysia kesemuanya menafikannya dgn memberi sesutau pandangan yg tidak serupa. Lihat disini, mengenai peralihan kuasa negara pun menjadi topik riuh-rendah. Pakatan memang jelas disini agar rakyat tahu puak-puak tikam-menikan antara satu sama lain di dlm UNMO. Tiada yang boleh dipercayai. Pandangan ini ada pandangan rakyat pada keseluruhannya.Kepada kesemua ahli politik di Malaysia, sila tanya diri mengenai phrasa ini: ” Kucing yang mana takkan makan ikan?”. Semuanya semesti makan dan akan makan dgn secukup-cukup serta sewenang-wenangnya. Pasal apa? Ikan adalah makanan kucing yg pada dasarnya adalah “makanan keperluan”. Faham tak?

Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu aje. Semua sama, tak kisah kucing hitam atau putih. Mengharapan kucing menangkap tikus, kucing berbohong kepada tuannya.

Ini adalah berdasarkan kpd peribadi, memangnya. Yg berprinsip takkan lesap, yg beretika terus maju, yg berbohong……hanya Tuhan aje akan mengadil. Bukan kamu, saya atau sesiapa pun boleh, mengikut kitab suci mana-mana agama.

Politik kini telah bosan, tiada sesiapa pun boleh dipercayai sehingga sesuatu yg tidak betul dan masuk akal pun boleh ditimbulkan. Aib, mengaib antara satu sama lain bukan sewajar dgn pengajaran agama mana-mana pun. Apatah lagi perbuatan ini semuanya tidak selaras dgn yg diminta Tuhan. Fikir betul-betul dgn mendalam samada kesalkah selama ini masih berbuat demikian tanpa kesedaran ianya adalah salah. Adakah, kemewahan dan kekayaan didunia ini lebih mustahak drpd akhirat. Cubalah insaf semua ahli-ahli politik.

Dua kesalahan takkan membetulkan mana-mana satu.