WABAK RASUAH POLITIK (POLITIK WANG) TERUS MEMBARAH, UMNO & MCA SAMA SAJA ~ Ref Malaysiakini

Wabak rasuah politik (politik wang) terus membarah semakin teruk. Wabak ini seolah-olah tiada penawar. Memang semua orang tahu di dalam Umno wabak ini sudah menjadi pekung atau kudis besar yang tidak dapat diubati lagi. Cuma pemimpin Umno sahaja yang menutupnya sehingga tiada hukuman dari BPR diambil kepada ahli dan pimpinan Umno yang terlibat.

Kini MCA pula meneruskan tradisi rasuah politik ini. Malam tadi Calon Presiden MCA, Ong Tee Keat melahirkan rasa kesal diatas tindakan beberapa calon pemilihan MCA yang menggunakan wang untuk berkempen.

Ong, berkata (yang disiarkan dalam TV3 Suku), lebih baik kita buka tender kepada calon-calon ini, siapa bole bagi tender tertinggi sudah pasti boleh menang.

Jadi nampaknya bukan sahaja Umno yang akan menghancurkan negara, MCA juga turut menjejaki perangai dan tabiat buruk Umno. Kalau inilah pemimpin yang kita angkat dan tabalkan alamat suatu hari nanti negara kita akan dijual kepada billionaire luar negeri.

Amat malang sekali kalau kes sebegini tidak membuka mata dan menginsafkan rakyat agar mengalihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kita bimbang rakyat kita termakan dengan gula-gula pembangunan dan umpan kenaikan gaji serta bonus sehingga kelabu mata tidak dapat melihat kebejatan dan kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin BN (Umno, MCA, MIC dll) ini.

Comments