USTAZ HASHIM JASIN KEMBALI BERGELAR YB ~ Ref Malaysiakini

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin kembali bergelar YB hari ini apabila diisytiharkan pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang buat kali ketiga berturut-turut selepas Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini.

Panel tiga orang hakim sebulat suara memutuskan kerusi itu dimenangi Ustaz Hashim dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8Mac lalu dibatalkan.

Hakim-hakim memutuskan satu pilihanraya kecil tidak perlu diadakan.

Beliau memegang kerusi itu sejak pilihanraya umum 1999 tetapi akibat kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dalam pilihanraya umum lalu, beliau diisytiharkan tewas di tangan Abdullah.

Dengan pengisytiharan ini, PAS Perlis mempunyai dua kerusi dalam DUN Perlis. Kemenangan merupakan suatu yang telah ditunggu lama oleh rakyat Perlis kerana Ustaz Hashim telah dinafikan kemenangannya akibat kesilapan teknikal SPR.

Keputusan mahkamah ini juga membuktikan bahawa SPR acapkali melakukan kesilapan tetapi malangnya Pengerusi SPR dan juak-juaknya seringkali mendakwa SPR bebas, adil dan sistematik.

Oleh kerana petugas-petugas pilihanraya PAS mesti dibekalkan dengan ilmu pilihanraya yang mantap dan jitu bagi mengelakkan kita ditipu oleh pihak-pihak tertentu semasa proses penamaan calon, kempen, pengundian, pengiraan dan penjumlahan undi.

Comments