UMNO KOYAK GAMBAR TIDAK KURANG AJAR TAPI KALAU PEMBANGKANG KOYAK KURANG AJAR ~ Ref Malaysiakini

Penyokong-penyokong Umno terus menunjukkan sikap tidak professional dan kurang ajar apabila mengoyakkan gambar Pengerusi BN Pulau Pinang Dr Koh Tsu Kon semalam. Media melaporkan bahawa gambar-gambar Ketua Menteri Pencen tersebut dikoyakkan oleh penyokong-penyokong 'Jagoan' Melayu Pulau Pinang, Ahmad Ismail.

Malangnya media pengampu Umno seperti TV3 Suku, Utusan Meloya, Berita Hairan dan lain-lain langsung tidak meng'highlihgt'kan isu ini seolah-olah tiada apa yang terjadi. Tetapi kalau perkara sebegini dilakukan oleh penyokong-penyokong pembangkang sudah tentu riuh satu dunia dengan kenyataan-kenyataan negatif seperti KURANG AJAR, TIDAK BERTAMADUN, GANAS, HILANG AKAL, TIDAK WARAS dan sebagainya.

Inilah sikap 'double standard' yang menjadi amalan media pengampu ini yang langsung tidak mengikut etika kewartawanan. Apa yang penting bagi mereka ialah ampu sana ampu sini 'fulus masyuk' itu sahaja.

Malah pemimpin-pemimpin Umno juga langsung tidak memberikan kenyataan menasihat atau meminta maaf dalam hal ini. Keegoan mereka ini memang tidak dapat disangkal lagi seolah-olah dunia ini mereka yang punya dan seolah-olah mereka akan hidup menongkat langit tidak mati-mati.

Insya Allah tuan-puan keegoan dan kebongkakan pemimpin Umno ini lambat laun akan diajar oleh rakyat Malaysia.

Sudah sampai masanya golongan yang berhidung tinggi berdada lebar dan berhidung 'cegeng' ini akan tahu suatu hari nanti langit itu tinggi atau rendah. Mereka lupa bahawa di sana ada Allah S.W.T yang maha berkuasa yang berkuasa untuk menghukum sesiapa sahaja hatta Firaun yang tidak pernah sakit dan Namrud yang membina istana dari batu, sekelip mata sahaja dimusnahkan oleh Allah. Inikan pula BN yang tidak langsung layak untuk dibandingkan dengan kebongkakan Namrud dan Firaun.

Comments

Aapai said…
selepas PRU12 yang lalu semua poster kena koyak dan ni bakar apa nak di hairankan,perkara ini pun nak hebuh,dah basi tak sure hebuh.
jagoh said…
mamat yang koyak poster su kun ni nama dia zainol. nama glamer dia non cabai. naik merc S350 No Plat PY 40. owner of Delima Perdana Sdn. Bhd kat Matang Pauh. Kegemaran dia suka luku orang, dia kira luku dia saja. Orang punye luku ingat simpan kat kedai pajak ka. sendri mau ingat aaa.