TAMPAL POSTER ADA PERHIMPUNAN DI ISTANA NEGARA : ANGKARA SIAPA? ~ Ref Malaysiakini

'Malaun-malaun' yang tidak bertanggungjawab main kotor sekali lagi. Kali ini mereka menampalkan poster kononnya ada perhimpunan di Istana Negara esok sempena menyambut Anwar Ibrahim sebagai "perdana menteri keenam".

Poster-poster ini ditampal di beberapa tempat di ibu kota.

Saya kesal dengan sikap 'malaun-malaun' ini yang cuba mengelirukan orang ramai. Siapa 'malaun' ini kalau bukan dari parti-parti tertentu atau budak-budak suruhan parti-parti tertentu.

Saya menggesa 'malaun-malaun' ini serta sesiapa yang berada di belakang malaun ini diheret ke muka pengadilan dan dibicarakan. Pihak Polis mesti bertindak pantas menyiasat dan menangkap 'malaun-malaun' ini sepertimana mereka bertindak secepat kilat menangkap RPK, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng di bawaj Akta Zalim ISA 3 hari lalu.

Kita tidak mahu negara kita didiami oleh 'malaun-malaun' seperti ini yang diternak oleh golongan tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim memaklumkan bahawa PKR tidak sama sekali terlibat dalam penganjuran mana-mana perhimpunan mahupun perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 seperti yang diuar-uarkan.

Menurutnya penyebaran maklumat palsu yang melibatkan PKR ini dilihat sebagai suatu usaha terdesak pihak tertentu yang mahu menimbulkan kekacauan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan akan seterusnya menimbulkan kebimbangan kepada warga penduduk Kuala Lumpur.

Poster itu menyebut, antaranya, perhimpunan menyambut Anwar akan diadakan jam 10 pagi di situ.

Tambahnya, PKR juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang maklumat palsu yang "bertujuan untuk memburukkan pertalian yang baik antara PKR dan Raja-raja Melayu.

Nota : Malaun - penjahat, Maling

Comments