SYED HAMID VS ZAID IBRAHIM, JAGA-JAGA ZAID NANTI KAMU PULA KENA ISA ~ Ref Malaysiakini

Marah benar Syed Hamid kepada Zaid Ibrahim yang mengkritik tindakannya menggunakan ISA yang zalim menahan 3 orang rakyat termasuk seorang Ahli Parlimen 2 hari lepas.

Jelas sekali, Syed Hamid tidak senang dengan teguran dan kritikan rakyat malah dari menteri kabinet sendiri (Patutlah beliau ditolak oleh orang Umno Bahagiannya sendiri mungkin kerana sikapnya yang susah hendak terima pandangan orang lain).

Utusan Meloya melaporkan bahawa Syed Hamid menyatakan penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin adalah keputusan kerajaan dan ia tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri itu memberi peringatan itu sebagai reaksinya kepada kenyataan Zaid di Kota Bharu hari ini bahawa kerajaan tidak sewajarnya menggunakan ISA untuk menahan mereka sebaliknya perlu diadili mengikut sistem perundangan negara.

Menurut beliau, tindakannya meluluskan penahanan di bawah ISA itu adalah bagi pihak kerajaan yang memerintah, selaras dengan kedudukannya sebagai menteri Kabinet, bukannya ‘orang di luar kerajaan’.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa Malaysia akan berdepan krisis pemerintahan jika setiap menteri yang ada pandangan tersendiri mula mempersoal dan membahaskan tugas menteri yang lain secara terbuka melalui media.

Apa masalahnya kalau berbeza pendapat bukankah itu sebagai satu cara untuk kita mencapai keputusan yang baik, bukannya seperti amalan Yes man yang menjahanamkan negara kita sekarang.

Zaid sebagai seorang yang saya kira berprinsip (bukan macam Syed Hamid) sudah tentu tidak senang duduk jika prinsip yang beliau pegang dicabul dan diperkotak katikkan. Lainlah kalau seseorang yang tiada prinsip yang hanya mementingkan diri, pangkat dan kedudukan sahaja. Walaupun maruah dan kedaulatan undang-undang dicabul, Islam di cabar, Melayu dihina tetapi masih berdiam diri takut dikenakan tindakan.

Cuma satu sahaja yang saya nak ingatkan Zaid, jaga-jaga jangan lantang sangat nanti YB pecah rekod pula jadi Menteri pertama ditahan di bawah ISA.

Sikap Yes Man dan pentingkan diri sepatutnya tidak ada di dalam diri orang yang bergelar menteri. Jika tidak negara akan hancur dengan lebih cepat. Sikap negatif inilah sebenarnya sekarang menjadi darah daging Umno dan BN yang menyebabkan pentadbiran negara menjadi lemah, statik dan tidak boleh dikritik.

Comments