SYED HAMID TAK SEDAR DIRI, DI BAHAGIAN TERUMBANG AMBING ADA HATI NAK TANDING NAIB PRESIDEN ~ Ref Malaysiakini

Memang pemimpin Umno ini boleh dikatakan semuanya kaki perasan. Mereka perasan bahawa semua orang sukakan mereka. Sedangkan hakikat sebenarnya rakyat sudah meluat dan muak dengan tindakan dan perangai mereka.

Ada pemimpin yang telah ditolak di peringkat akar umbi Syed Hamid tetapi masih ingin bertanding Naib Preside. Ini semua tidak lain tidak bukan kerana di dalam Umno apa yang ditanam di dalam diri mereka ialah pangkat dan kuasa. Samada boleh tunai amanah atau tidak itu tidak penting.

Sebab itulah masing-masing berlumba-lumba untuk merebut pelbagai jawatan sedangkan mereka sendiri tidak yakin menang cuma disebabkan nafsu dan gila pangkat serta kuasa sanggup juga menebalkan muka untuk bertanding.

Jelas terbukti pangkat dan kuasa jadi niat untuk masuk Umno bagi sebahagian besar ahlinya. Kini diperingkat Naib Presiden sudah begitu ramai yang menawarkan diri untuk bertanding. Masing-masing perasan akan boleh menang. Masing-masing sudah membentuk pasukan kempen masing-masing yang sudah tentu mendapat upah yang lumayan. Selain itu pasukan kempen ini akan menyelinap disegenap pelusuk negara untuk mencari 'mangsa-mangsa' yang boleh dipujuk, diugut, dijolok untuk menyokong calon mereka. Halal dan Haram tidak dikira asalkan boleh menang.Sebab ada calon yang bertanding pada masa dulu bukan sahaja menyogok perwakilan dengan wang malah dengan 'title' Datuk dan pangkat lain pun mereka janjikan asalkan undi mereka.

Inilah Umno parti yang sudah tidak ada maruah dan harga diri.

Selain dari Syed Hamid beberapa orang pemimpin telahpun awal-awal menyatakan untuk bertanding jawatan Naib Presiden ini. Mereka ialah Penyandang jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Turut menawarkan diri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Manakala untuk jawatan Ketua Pemuda mereka yang telah mengesahkan akan bertanding ialah Khir Toyo, Zahidi Zainul Abidin, Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin.

Comments